- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps

via Taiko TV
Rata-ratanya, tiada kanak-kanak yang suka memakan ubat. Di dalam banyak-banyak senarai tanggungjawab sebagai seorang ibu ataupun bapa, ramai yang akan bersetuju sekiranya tugasan memberi makan ubat pada kanak-kanak merupakan sebuah tugas yang paling mencabar.
Apatah lagi sekiranya kanak-kanak itu masih bayi lagi, sudah pastinya tahap kesukarannya menjadi semakin meningkat. Berdasarkan kepada sebuah kajian yang dijalankan oleh sekumpulan pakar paediatrik, hampir 25% pesakit mereka gagal untuk mengambil ubat yang dibekalkan.
Bagi mengatasi masalah ini, seorang wanita yang dikenali sebagai Helena Lee telah tampil dengan cara beliau yang kreatif ini.
Beliau yang turut mengalami masalah yang serupa telah berkongsi ara penyelesaiannya di laman Facebooknya dan kini perkongsian beliau tersebut telah pun menjadi viral di seluruh dunia.
Menurut Helena, beliau telah mencuba hampir 24 jam untuk memberi anaknya, Alfie, memakan Calpol.
Hasilnya, hampir separuh dari botol ubat tersebut terdapat pada baju Alfie kerana dia tidak mahu mengambil ubatnya itu. Tiba-tiba dia teringat sesuatu cara yang dia pernah lihat suatu ketika dahulu.
http://ift.tt/2hf3Wj0
Comments
Post a Comment