- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps

via Taiko TV
Di Malaysia, makanan daripada negara-negara seperti Jepun, Korea, Amerika Syarikat, Arab Saudi, Vietnam, Thailand, Perancis dan pelbagai kawasan lain mudah sahaja dijumpai terutamanya di kompleks membeli-belah yang besar.
Pasti ramai yang gemar makan makanan sebegini, tetapi pernahkah anda terfikir jika cara yang sebenar untuk memakannaya seperti yang dipraktiskan oleh orang dari negara asalnya?
Berikut merupakan adalah cara-cara sebenar memakan beberapa jenis makanan dari beberapa negara lain.
1. Kicap Cair
Sushi merupakan sejenis makanan dari negara Jepun. Ianya antara yang paling popular di Malaysia. Kicap cair yang dimakan dengannya perlulah dituang dalam jumlah yang sedikit sahaja dan ditambah apabila diperlukan sahaja.
2. Halia
Selain kicap cair, kepingan halia juga dihidangkan semasa memakan sushi. Ramai membuat kesilapan dengan memakan halia tersebut dengan sushi. Sebenarnya halia tersebut dimakan secara berasingan.
3. Wasabi
Supaya tidak menghilangkan rasa asalnya, jumlah wasabi yang sedikit sahaja akan diletakkan pada sushi. Selain itu, anda boleh juga meletakkan jumlah yang sedikit ke dalam kicap cair.
4. Sashimi
Sashimi merupakan kepingan ikan salmon. Ianya dimakan dengan penyepit, ataupun ‘chopsticks’. Belah hujung kepingan sashimi sahaja yang ikan dicelupkan ke dalam kicap cair sebelum dimakan.
5. Sushi
Cara mencelup sushi dengan betul adalah dengan mengenakan bahagian ikannya sahaja pada kicap cair, tanpa terkena pada nasinya.
6. Sushi Gulung
Belah tepinya sahaja akan dicelupkan ke dalam kicap cair dengan menggunakan tangan ataupun ‘chopsticks’.
7. Pasta
Pasta merupakan sejenis mi dari Eropah. Dengan menggunakan garpu, gulungkan beberapa utasan pasta sehingga ianya mudah untuk disuapkan ke dalam mulut.
8. Adjarian Khachapuri
Makanan dari Georgia ini mungkin kelihatan sukar untuk dimakan kerana initinya sangat banyak. Cara yang sebenar adalah dengan mengopek kulitnya dan mencelupnya kedalam inti di tengah. Apabila bahagian tengahnya sahaja yang tinggal, gulungkan sahaja sebelum dimakan.
9. Burger
Burger yang bersaiz besar amat sukar dimakan. Potong sahaja kepada saiz lebih kecil sebelum dimakan. Intinya juga tidak akan mudah terkeluar.
http://ift.tt/2jokmX4
Comments
Post a Comment