- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps

via Taiko TV
Sekiranya anda merupakan seorang wanita, pastinya anda tahu betapa lamanya masa untuk menunggu giliran anda menggunakan tandas awam.
Ada kalanya, apabila sudah tidak tahan, pastinya pernah terlintas di fikiran ramai wanita untuk menggunakan tandas lelaki saja terutamanya ketika waktu puncak kerana terpaksa menunggu giliran yang terlalu lama.
Mungkin, itulah yang difikirkan oleh seorang wanita ini apabila beliau telah ‘ditangkap’ kerana menggunakan tandas lelaki sewaktu perlawanan NFL antara ‘ Miami Dolphins’ dan ‘New York Jets’ di Florida, Amerika Syarikat.
Wanita tersebut dikatakan terus menuju ke urinal bowl dan membuang air kecil secara berdiri sebaik saja memasuki tandas lelaki tanpa mempedulikan orang-orang disekelilingnya.
Meskipun berasa terkejut dengan aksi wanita itu, pengguna-penguna tandas yang lain cuba bersikap spoting dengan menunjukkan sokongan mereka dengan cara menyorak.
Salah seorang daripada mereka sempat merakamkan insiden pelik itu dan kemudiannya telah memuatnaik video tersebut ke dalam laman Instagramnya.
Setakat ini punca sebenar wanita tersebut menggunakan tandas lelaki tidak dapat diketahui, tetapi ramai yang berpendapat bawah wanita itu malas mahu menunggu gilirannya di tandas wanita dan cuba mengambil jalan pintas dengan mengunakan tandas lelaki.
http://ift.tt/2inCYCs
Comments
Post a Comment