10 Perkara Pelik Yang Dianggap Seksi Di Negara Asing


via Taiko TV

Sejak dahulu lagi, kecantikkan merupakan perkara yang amat subjektif. Setiap orang mempunyai pandangan yang berlainan terhadap kecantikkan.

Apa yang cantik pada padandan seorang individu, tidak semestinya kelihatan cantik pada pandangan individu yang lain.

Tetapi berlainan kali ini kerana terdapat beberapa buah perkara yang pelik tetapi dianggap seksi dan menarik di negara-negara lain di seluruh dunia.

#1. Gigi taring.

Di Jepun jika anda mempunyai gigi tajam atau lebih dikenali sebagai gigi vampire anda dianggap cantik dan mempunyai daya tarikan yang tinggi. Di Jepun mereka memanggil ini dengan panggilan yaeba atau gigi bengkok.

#2. Berat yang berlebihan.

Berbeza dengan kebanyakkan wanita di dunia, wanita di Mauritius sentiasa mahukan berat badan yang berlebihan bagi menarik perhatian kaum lelaki di sana.

Terdapat ramai ibu bapa yang sanggup menghantar anak perempuan mereka ke sekolah khusus di mana mereka boleh makan sehingga 16,000 kalori sehari (normal 1,500). Namun begitu apa yang malangnya banyak gadis di  sana yang mengalami penyakit perut.

#3. Wajah yang lurus

Di Korea Selatan, pembedahan plastik bukan sahaja popular, malah ianya dianggap normal dan perkara biasa.

Sekiranya anda ke Korea Selatan, anda akan dapat melihat iklan di mana-mana yang mempromosikan orang ramai untuk melakukan pembedahan wajah.

Di sini, memiliki wajah yang lurus dilihat sebagai salah satu cara utama untuk kelihatan cantik dan bagi mendapatkannya, banyak warga Korea Selatan bersedia menjalani pembedahan yang kompleks.

#4. Memiliki leher yang panjang.

Terletak di sebuah kawasan di timur Burma di mana wanita di sana dipanggil “negara wanita zirafah.”

Nama ini merujuk kepada orang Kayan yang tinggal di sana. Wanita Kayan akan memakai cincin tembaga di leher mereka yang panjang itu supaya kelihatan lebih cantik.

Mengikut legenda, cincin ini melindungi wanita Kayan dari serangan harimau, walaupun pada kenyataannya ianya hanyalah merupakan sebuah cara untuk melambangkan identiti suku mereka semata-mata.

#5. Monobrow, kening yang bersambung

Di beberapa kawasan di Tajikistan, monobrow dianggap sebagai lambang kecantikan seseorang wanita. Sekiranya mereka dilahirkan dengan kening yang tidak sempurna, maka mereka akan melukis kening mereka seakan-akan bersambung.

Orang tempatan di sana percaya bahawa jika anda memiliki kening yang bersambung anda mempunyai nasib yang baik dalam kehidupan anda.

#6. Parut (Western Africa, New Guinea)

Penduduk di New Guinea dan beberapa negara lain di Afrika masih menghiasi badan mereka dengan corak dan parut artistik yang banyak. Parut ini dianggap sebagai suatu kecantikkan bagi wanita di sana.

#7. Memakai hiasan pembedahan di hidung.

Iran merupakan sebuah ibukota rhinoplasty. Walaupun pembedahan di sini agak mahal tetapi rata-rata rakyat di sini sanggup membayar bagi menjalani kos pembedahan.

Namun apa yang pelik di Iran adalah walaupun mereka tidak menjalani pembedahan hidung mereka masih memakai sesuatu di hidung untuk menunjukkan seolah-olah mereka baru saja menjalani pembedahan hidung.

#8. Bibir yang besar dan kembang.

Di kalangan suku Mursi di Ethiophia, gadis di sana akan menghiasi wajah mereka dengan memakai sekeping piring hitam pada bibir bawah mereka.

Lebih besar saiz piring itu, lebih tinggilah taraf dan status gadis tersebut dan ini bermakna semakin tinggilah harga hantaran yang perlu diberikan oleh pengantin lelaki bagi mengahwini gadis tersebut.

#9. Dahi yang luas dan jendul.

Ketika ramai gadis-gadis di dunia ini mahu mendapatkan saiz dahi yang kecil, gadis-gadis daripda suku Fula ini memiliki citarasa yang berlainan.

Bagi gadis dari suku yang berasal daripada Afrika ini, memiliki saiz dahi yang luas merupakan suatu perkara yang istimewa kerana ianya melambangkan sifat kewanitaan mereka.

Terdapat segelintir gadis yang sengaja mencukur rambut pada pangkal dari mereka bagi memberikan ilusi bagi menampakkan dahi yang luas.

#10. Warna kulit yang pucat.

Di China dan Thailand, memiliki warna kulit yang cerah dan pucat merupakan suatu perkara yang paling digilai oleh wanita-wanita di sana.

Ramai wanita yang berasal daripada negara ini yang sanggup melaburkan wang yang banyak membeli produk-produk memutihkan kulit.

Di sebuah wilayah di China, wanita di sana akan memakai topeng muka ketika berkunjung ke pantai bagi melindungi kecerahan kulit mereka.

http://ift.tt/2DFp5sl

Comments