11 Rahsia Penerbangan Yang Tidak Pernah Diberitahu Kepada Para Penumpang


via Taiko TV

Setiap profession mempunyai rahsia mereka yang tersendiri dan pekerja di syarikat penerbangan juga tidak terkecuali kerana mereka juga turut mempunyai perkara-perkara yang mereka ‘terpaksa’ rahsiakan daripada pengetahuan umum.

Jadi, apakah rahsia-rahsia yang tidak pernah diberitahu itu? Berikut merupakan rahsia-rahsia yang telah didedahkan oleh para pekerja syarikat-syarikat penerbangan di internet.

#1. Tidak semua kerosakan kecil pada kapal terbang dibaiki dengan serta-merta.

Kerosakan pada kapal terbang mungkin akan membuatkan anda berasa takut untuk menaikinya. Namun begitu tidak semua kerosakan pada kapal terbang ini dibaiki serta-merta kerana kerosakan kecil ini mungkin tidak akan mengganggu keselamatan kapal terbang tersebut dan kapal terbang terpaksa berlepas bagi mengelakkan kelewatan penerbangan.

#2. Pemegang besi pada pintu di dalam kabin pesawat.

Pemegang besi ini direka sekiranya berlaku kecemasan di dalam pesawat bagi membolehkan kru penerbangan memegangnya untuk berdiri tegak.

#3.Kapten dan pembantu kapten akan makan pada waktu berbeza.

Kapten dan pembantu kapten akan makan pada waktu berbeza. Ini bertujuan sekiranya salah seorang daripada mereka mengalami keracunan makanan, kapten akan digantikan dengan pembantu kapten untuk meneruskan penerbangan. Namun begitu tidak semua syarikat penerbangan mengamalkan polisi ini.

#4. Larangan merokok.

Sebab utuma larangan merokok diwujudkan bukanlah atas faktor keselamatan sebaliknya lebih kepada faktor ekonomi.

Udara di dalam kabin sentiasa ditapis oleh penapis udara dan sebarang asap dan wap terkumpul akan membuatkan penapis udara ini kotor dan perlu digantikan dengan lebih kerap.

#5. Mengapa penumpang diminta mematikan telefon bimbit?

Telefon tidak akan menyebabkan kerosakan kritikal pada pesawat. Namun begitu jika anda tidak mematikan telefon, ianya menganggu statik isyarat pada radio dan akan menganggu juruterbang daripada mendengar maklumat yang penting. Namun begitu kru kabin kadangkala tidak mengikuti peraturan ini.

#6. Pekerja syarikat penerbangan dan keluarga akan mendapat potongan harga tiket.

Jika anda salah seorang daripada keluarga pekerja daripada syarikat penerbangan, anda akan boleh mendapatkan tiket penerbangan dengan harga yang sangat murah. Apa yang anda perlu bayar adalah cukai penerbangan sahaja.

#7. Pintu tandas boleh dibuka dengan mudah dari luar.

Terdapat suis khas di pintu yang tersembunyi di bawah tanda “Tidak merokok” atau “Lavatory”. Lavatory ini tidak melanggar privasi penumpang.

#8. Masa yang terbaik untuk membeli tiket.

Jika anda ingin membeli tiket, belilah pada hari Selasa, Rabu atau pun Sabtu kerana harganya lebih murah berbanding pada hari biasa.

#9. Jadilah penumpang yang baik.

Pekerja penerbangan menyatakan bahawa jika anda menghormati mereka, maka mereka akan lebih selesa untuk melayani anda.

#10. Tempat letak tangan pada kerusi di bahagia aisle dan tingkap juga boleh dinaikkan.

Anda boleh menaikkan kerusi atau tingkap ada dengan menekan butang kecil yang tersembunyi di tempat anda meletak tangan anda. Namun begitu jika anda perlu mengembalikannya ke kedudukannya semula jika hendak turun daripada kapal terbang tersebut.

#11. Nombor landasan ini penting.

Nombor landasan ini amat penting kerana iainya menunjukkan berapa darjah landasan ini dari arah utara magnetik. Dengan cara ini juruterbang akan mengetahui sudut mana yang akan diambil untuk mendarat.

http://ift.tt/2EllalK

Comments