via Taiko TV
Ibarat udara yang kita hirup, perasaan cinta dan kasih sayang tidak dapat dilihat namun ianya dapat dirasai melalui hati dan perasaan. Perasaan cinta dan perasaan kasih sayang merupakan sebuah perkara yang terindah di dalam kehidupan seorang manusia.
Ramai yang mengatakan kehidupan moden yang materialistik yang kita jalani setiap hari ini telah menjadikan perasaan kasih sayang itu semakin terhakis dan menghilang.
Namun begitu, gambar-gambar yang kami paparkan di bawah ini bakal membuktikan bahawa kasih sayang itu masih wujud di dalam kehidupan ini meskipun tidak sering kelihatan.
#1. Percintaan selama 20 tahun.

Pada tahun 1995, ibu saudara saya menghadiakan kepada saya sebuah patung anak kucing sebelum beliau meninggal dunia. Kini, setelah lebih 20 tahun, saya masih menyimpan dan menjaga hadiah ini dengan baik.
#2. Nenek saya yang berumur 93 tahun bersama-sama dengan kakaknya yang berumur 96 tahun pergi ke pantai, hujung minggu lalu.

#3. Alat kawalan jauh untuk nenek saya yang menghidapi penyakit Alzheimer.

#4. Anak lelaki saya yang baru berumur 8 tahun bangun awal pagi ini semata-mata mahu meletakkan stokin yang mengandungi hadiah untuk saya dan isteri.

#5. Seorang anak perempuan mengajar ayahnya untuk berswafoto.

#6. Lelaki tua ini menunaikan janji yang dibuat kepada rakan karibnya untuk menghadiri ke pengebumiannya sekiranya dia meninggal dunia pada satu hari nanti.

#7. Anjing ini tinggal tidak jauh dari sekolah. Setiap hari, dia datang dan menunggu kanak-kanak datang untuk memanjakannya.

#8. Seekor anjing yang tinggal di pejabat yang sering bermanja-manja dengan rakan-rakan di pejabat.

#9. Ayah saya membaca surat yang ditulisnya kepada ibunya dari Vietnam pada bulan Januari 1968 untuk pertama kali. Dia telah menghabiskan lebih dari satu jam membaca surat itu.

#10. Bapa saya di belakang sedang memerhatikan saya yang baru saja menjadi ayah.

#11. Seorang lelaki tua membawa bola ke tempat perlindungan untuk diberikan kepada haiwan.

#12. Ayah saya tidak pernah menyukai anjing sebelum ini, tetapi kali ini dia sangat menyayangi anjing ini.

#13. Sebelum taufan di Florida, generator telah habis dijual di kedai-kedai. Namun lelaki ini sanggup memberikan generator yang diambilnya kepada wanita yang tidak dikenalinya kerana ayah wanita itu tidak boleh hidup tanpa bantuan mesin oksigen.

#14. Lelaki yang buta di sebelah matanya itu telah mengambil seekor anjing yang juga buta di sebelah matanya sebagai binatang peliharaan.

#15. Lelaki ini menangis selepas menghadiri reunion perjumpaan keluarganya yang tinggal di Korea Utara dan Korea Selatan.

http://ift.tt/2pYM2F4
Comments
Post a Comment