5 Negara Paling Kaya Dan Paling Miskin Di Dunia


via Taiko TV

Negara manakah yang menjadi sebuah negara yang paling kaya ketika ini? Pastinya sebahagian besar akan menjawab Amerika Syarikat ataupun United Kingdom. Tetapi hakikatnya, jauh berbeza sekali.

Sementara itu, negara manakah yang menduduki carta teratas negara yang paling miskin di dunia? Adakah negara itu terletak di kawasan Asia?

Berikut merupakan senarai 5 negara yang paling kaya dan paling miskin di dunia berdasarkan kepada GDP mereka:

Negara Paling Miskin

#5. Burundi

Burundi menduduki tangga ke-5 dunia sebagai negara paling miskin di dunia. Negara ini terletak di Afrika Tengah dan mempunyai lebih kurang 10 juta orang penduduk.

Negara ini hanya mencatat perolehan GDP/PDB sebanyak USD951 setahun. Ketidakstabilan politik da gejala rasuah yang bermaharajalela  dianggap sebagai faktor utama penyebab ekonomi negara ini tidak berkembang.

#4. Liberia

Liberia menduduki tangga ke-4 sebagai negara termiskin di dunia. Terletak di kawasan pesisir Barat Afrika, negara yang memiliki lebih kurang 4 juta orang penduduk mencatatkan nilai GDP/PDB sebanyak USD935.

#3. Malawi

Di tangga ke-3 merupakan Malawi, sebuah negara kecil yang terletak di Afrika Selatan. Pendapatan per kapita GDP/PDB negara ini adalah sebanyak USD820.

#2. Republik Demokratik Kongo

Republik Demokratik Kongo, sebuah negara yang terletak di Afrika Tengah ini memiliki sebanyak 67 juta orang penduduk. Mencatatkan pendapatan GDP/PDB sebanyak USD$750, negara ini terletak pada tangga ke-2.

#1. Republik Afrika Tengah

Negara paling miskin di dunia ini merupakan Republik Afrika Tengah. Negara kecil ini yang terletak di kawasan Afrika Tengah hanya mempunyai sebanyak 4 juta orang penduduk sahaja. Negara ini mencatat perolehan GDP/PDB terkecil di dunia dengan hanya sebanyak USD640 sahaja.

Negara Paling Kaya

#5. Kuwait

Kuwait merupakan negara ke-5 paling kaya di dunia ini mempunyai penduduk sebanyak 4.1 juta orang sahaja. Bank Dunia mengiktiraf Kuwait sebagai sebuah negara dengan ekonomi yang berpendapatan tinggi.

Petroleum sahaja menyumbang hampir separuh dari keluaran dalam negara kasar. Petroleum dan baja merupakan dua sektor utama yang memonopoli ekonomi Kuwait. Mata wangnya, iaitu Dinar adalah unit mata wang dengan nilai paling tinggi di dunia.

#4. Brunei

Pertumbuhan ekonomi sekitar tahun 1990-an hingga 2000, membawa perubahan kepada Brunei sehingga menjadi sebuah negara perindustrian. Purata peningkatannya adalah 56 peratus bagi tahun 1999 hingga 2008 sahaja.

Sektor petroleum dan gas asli menjana kekayaan negara yang mencapai kemerdekaan dari United Kingdom pada 1 Januari 1984 ini. IMF turut menyatakan bahawa hutang Brunei berada di kadar kosong peratus daripada KDNK negaranya.

#3. Singapura

Selain menjadi salah satu hab perdagangan utama dunia, Singapura merupakan pusat kewangan keempat terbesar dan salah satu daripada dua pelabuhan kontena paling sibuk di dunia.

Ekonomi global Singapura yang pelbagai tertumpu pada sektor perdagangan, terutamanya perkilangan yang menyumbang kira-kira 30 peratus daripada KDNK Singapura. Negara yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia ini juga menduduki kedudukan yang tinggi bagi taraf hidup, pendidikan, penjagaan kesihatan serta daya saing ekonomi.

#2. Luxembourg

Walaupun dilihat sebagai sebuah negara yang kecil dan dilitupi hutan Ardennes yang padat, ekonomi maju Luxembourg berjaya meletakkan negara Eropah ini di tangga kedua terkaya di dunia.

Ekonomi stabil dan berpendapatan tinggi Luxembourg didominasi oleh perindustrian besi sehingga tahun 1960-an. Sejak beberapa dekad lalu, sektor kewangan mula mengambil alih sehingga menjadikan Luxembourg pusat pelaburan kedua terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat.

#1. Qatar

Negara yang terletak di semenanjung Arab ini muncul sebagai negara paling kaya di dunia dengan hasil keluaran dalam negara kasar tertinggi di dunia. Penduduk Qatar tidak perlu membayar cukai pendapatan kerana taraf kehidupan yang tinggi.

Selain itu simpanan minyaknya melebihi 25 bilion tong. Pada tahun 2012 sahaja, simpanan minyak Qatar juga menyumbang lebih 13 peratus daripada sumber keperluan global.

http://ift.tt/2Chp0yX

Comments