- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps

via Taiko TV
Setiap wanita mesti mempunyain kitaran haid, namun begitu ada juga yang tidak mempunyai kitaran haid kerana faktor-faktor tertentu. Pasti di kalangan wanita yang sudah mengira tarikh kedatangan haid. Kalau haid tak sampai pada masa yang sepatutnya, risau juga dibuatnya.
Tetapi, tahukah anda bahawa warna darah haid kita mempunyai maksud yang tersendiri? Rupa-rupanya warna darah haid mempunyai jenis dan maknanya yang tersendiri. Jom kita lihat mungkin anda mengalami penyakit-penyakit ini.
#1. Berwarna merah terang.
Jika anda mempunyai kitaran haid yang berwarna merah terang ini, ini bermaksud anda mempunyai tubuh badan yang sihat serta kitaran haid yang normal. Memang setiap wanita mungkin akan mempunyai pengalaman haid yang berbeza tetapi jika anda mempunyai darah haid sebegini secara konsisten, ini bermakna anda mengalami tahap hormon yang normal.
#2. Campuran merah dan kelabu.
Anda perlu berhati-hati jika anda mempunyai warna haid seperti ini. Hal demikian kerana anda mungkin mempunyai jangkitan seperti STD dan STI iaitu sejenis penyakit yang dijangkiti melalui hubungan kelamin.Darah anda juga akan menjadi tersangat busuk (disebabkan sel atau tisu yang mati akibat dijangkiti penyakit). Ini bermaksud anda boleh berjangkit dengan kuman tanpa disedari dan begitu juga pasangan anda.
#3. Warna cair.
Jika ada mengalami kitaran haid seperti ini kemungkinan badan anda mempunyai kekurangan nutrisi. Waran seakan-akan putih ini menjadi petanda bahawa anda mungkin mengalami anemia yang teruk iaitu badan anda tidak mempunyai sel darah merah yang sihat.
Lebih-lebih lagi jika disedari darah haid menjadi lebih halus dan cair, yang mana biasanya ianya adalah pekat, kata Ob-gyn, Alyssa Dweck, M.D, penolong profesor klinikal di Mount Sinai School of Medicine di New York.
#4. Warna merah jambu.
Wanita yang mengalami warna haid yang seakan-akan berwarna merah jambu mungkin mengalami kekurangan hormon estrogen di dalam badan mereka.Kajian menunjukkan bahawa jika anda mempunyai tahap estrogen yang rendah, ini bermakna anda terlebih bersenam.
Hal demikian kerana, jika anda terlebih melakukan senaman, perkara ini akan menganggu peredaran haid anda. Jangan ambil mudah kerana, tahap estrogen yang rendah boleh menyebabkan anda mengalami osteoporosis jika tidak dirawat dengan segera.
#5. Warna merah gelap.
Haid yang berwarna merah gelap ini bermaksud anda mempunyai tahap progesterone yang rendah dan tahap estrogen yang tinggi.
Walaupun sedikit darah beku itu adalah normal, namun darah beku yang sedikit atau banyak menandakan ketidakseimbangan hormon yang serius.
Jika anda mengalami warna haid sebegini anda dicadangkan supaya mengurangkan pengambilan produk tenusu, soya dan gula, dan lihat jika ianya memberikan kesan.
#6. Warna coklat gelap.
Jika anda mengeluarkan warna haid seperti warna coklat gelap, hal demikian bermaksud anda kurang membuang air kecil.
Hal demikian kerana jika anda sering tidak membuang air kecil, darah haid yang berlebihan akan tersimpan lebih lama dan tidak dibuang semasa proses pembuangan air kecil.
Namun begitu, jika anda mengalami masalah ini jangan risau kerana ini merupakan proses biasa pada awal dan hujung kitaran haid.
http://ift.tt/2EjQdhM
Comments
Post a Comment