- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps

via Taiko TV
Cemburu merupakan perasaan yang sangat rumit. Perasaan cemburu muncul ketika ada seseorang yang lebih baik daripada kamu memberi perhatian lebih kepada orang yang kamu sayang. Siapa sahaja yang tidak pernah cemburu?
Baik lelaki mahupun wanita pasti mempunyai rasa cemburu. Tapi terdapat juga yang mempunyai rasa cemburu yang secara berlebih-lebihan. Tetapi tahukah anda bahawa zodiak seseorang itu dapat menentukan tahap kecemburuan seeorang wanita itu? Mari kita lihat 4 zodiak yang paling kuat cemburu.
#1. Scorpio
Gadis Scorpio mempunyai ciri-ciri yang tidak mudah mempercayai seseorang itu. Ini membuatkan dia sering berfikir buruk tentang seseorang itu kerana dan secara tidak langsungnya rasa cemburu akan timbul. Walaupun lelaki yang dicintainya berdiri di sebelahnya sedang bersembang dengan wanita lain, ini sudah membuatkan wanita ini berasa bimbang.
#2. Cancer
Wanita yang mempunyai zodiak Cancer sangat pandai menyembunyikan perasaannya. Ketika dia merasa cemburu, mereka bijak dengan menyembunyikan dan merahsiakan perasaan cemburunya. Dia juga tidak akan membiarkan orang lain tahu bahawa dia sedang cemburu.
#3. Leo
Wanita yang mempunyai zodiak Leo sentiasa mahu perhatian dan mahu disayangi. Ketika pasangannya sedang memberi perhatian lebih kepada wanita lain berbanding dirinya dia akan merasa cemburu. Selain itu wanita yang memiliki zodiak Leo ini sering mahu menjadi perhatian orang ramai.
#4. Virgo
Gadis virgo ini sentiasa mempunyai perasaan yang amat cemburu. Iainya terjadi kerana gadis virgo sangat cenderung menjaga hati mereka sendiri. Sekiranya ada seseorang yang dapat melakukan perkara yang lebih baik daripadanya, dia akan merasa cemburu.
http://ift.tt/2klsMw2
Comments
Post a Comment