Lahir Dalam Keadaan Kaki Bercantum, Bayi Lelaki Ini Digelar Sebagai Bayi Ikan Duyung Di India


via Taiko TV

Seorang bayi yang baru dilahirkan di India telah mendapat perhatian apabila ianya lahir dalam keadaan yang berbeza dengan bayi-bayi yang lain.

 

Wanita yang merupakan ibu kenapa bayi itu memberitahu pihak hospital yang beliau juga turut terkejut setelah pertama kali melihat keadaan fizikal anaknya itu.

Bayi yang baru dillahirikan itu dikatakan menyerupai seekor ikan duyung kerana keadaan kakinya yang bercantum dari paras pinggang. Disebabkan oleh keadaan fizikalnya itu, doktor sehingga kini gagal untuk mengenalpasti jantina bayi itu.

Doktor telah mengklasifikasikan keadaan bayi tu sebagai sirenomelia – juga dikenali sebagai sindrom duyung dan bayi tersebut meninggal selepas 4 jam dia dilahirkan.

Ibu kepada bayi terbabit iaitu, Muskura Bibi tidak pernah melakukan sebarang pemeriksaan ulrasound sebelum kelahiran bayinya itu dan ini sekaligus membuatkan beliau tidak mengetahui tentang fizikal bayinya itu sebelum kelahirannya.

Ini merupakan kes kedua kelahiran bayi duyung di India di mana dalam kes yang pertama yang berlaku pada tahun 2016, bayi yang dilahirkan itu mampu hidup selama 10 minit sahaja setelah dilahirkan.

http://ift.tt/2BOmbVA

Comments