Perabot-Perabot Yang Bakal Membuatkan Rumah Yang Kecil Terasa Luas


via Taiko TV

Rumah yang lapang dan luas lebih selesa, tetapi jika rumah anda memang terhad dengan ruangan kecil, ia agak mencabar juga sebenarnya. Disini bergantung bagaimana kreativiti anda mengubah suai rekaan dalaman.

Pereka kreatif di seluruh dunia telah banyak mencipta rekabentuk perabot untuk atasi masalah ini, contohnya seperti meja kopi yang boleh dijadikan tempat menyimpan barang. Rekaan perabot yang menarik dan bukan terhad kepada 1 fungsi sahaja.

Pilihan ideal, disini ada beberapa rekabentuk perabot dengan fungsi-fungsi menarik untuk inspirasi anda. Bukan sahaja menjimatkan ruang, malah kediaman anda nampak lebih cantik dan selesa.

#1. Tangga dengan laci dan dan tempat penyimpanan barang.

#2. Kerusi dan meja membentuk sebuah ‘menara’ setelah disusun bersama-sama.

#3. Meja yang boleh menjadi bingkai gambar di ruang tamu.

#4. Set pisau berlapis yang benar-benar menjimatkan ruang di dapur.

#5. Meja sterika yang boleh bertukar menjadi cermin pakaian.

#6. Almari barangan perhiasan yang boleh menjadi perabot hiasan di ruang tamu.

#7. Bekas makanan haiwan yang disembunyikan di dalam laci almari.

#8. Meja belajar yang boleh dilipat membentuk kabinet di dinding.

#9. Almari kasut yang diletakkan di bawah anak tangga.

#10. Kawasan tangga yang telah diubah menjadi almari buku.

#11. Tingkap pada dinding yang boleh bertukar menjadi ampaian baju.

#13. Tempat menukar lampin bayi yang boleh dilipat di dinding.

#14. Kerusi yang yang boleh disusun berlapis-lapis.

#15. Sofa yang boleh bertukar menjadi katil yang selesa.

#16. Sofa yang boleh bertukar menjadi sebuah meja kopi.

#17. Sofa ‘two-seater’ yang boleh diubah menjadi sebuah katil dua tingkat.

#18. Meja makan yang boleh disusun bagi menjimatkan ruang di dapur.

#19. Kerusi yang boleh disusun di dalam almari.

#20. Tempat BBQ yang boleh dilipat menjadi sebuah perhiasan di dinding.

#21. Sebuah sofa yang juga merupakan sebuah almari buku.

#22. Ruangan modular yang sesuai untuk pelajar.

#23. Pintu meja ping-pong.

#24. Meja makan yang boleh menjadi sebuah meja pool.

#25. Kabinet ruang tamu yang boleh memuatkan bekas najis kucing.

http://ift.tt/2zMmFWB

Comments