10 Fakta Pelik Mengenai Kumpulan Yakuza Yang Anda Tidak Tahu


via Taiko TV

Dunia ini dipenuhi dengan kumpulan jenayah terancang ini yang bergerak secara tersembunyi. Terdapat kumpulan mafia dari Sicily, Mala del Brenta, Stida dan Carnorra. Mereka semua menjadi terkenal disebabkan oleh aktiviti jenayah yang dilakukan oleh mereka. Meskpun digeruni, namum populariti mereka tidak dapat menandingi kumpulan jenayah Yakuza daripada Jepun.

Sebagai salah sebuah kumpulan penjenyah yang paling tertua di dunia, kumpulan Yakuza ini memiliki struktur yang paling tersusun sekali. Mereka memiliki bangunan, pejabat dan wartawan mereka sendiri.

Secara amnya, apa yang kita tahu tentang Yakuza ini adalah berdasarkan pada permainan video seperti Grand Theft Auto atau filem Jason Statham. Berikut merupakan apa yang menarik tentang Yakuza ini.

#1. Sokaiya.

Yakuza ini terkenal dengan penggunaan Sokaiya iaitu rasuah. Mereka mengadakan rasuah dalam jumlah yang sangat besar. Sebagai contoh mereka ingin membeli saham dari sebuah syarikat. Daripada situ, mereka akan mencari rahsia gelap dalam syarikat tersebut. Orang Jepun ini paling takut dengan pandangan negatif masyarakat.

#2. Pembanterasan Yakuza.

Bagi siapa yang mengikuti perkembangan Yakuza, pasti tahu yang mereka mempunyai kumpulan yang besar dikenali sebagai Yamaguchi-gumi. Malahan, kerajaan Amerika Syarikat, telah cuba  untuk menyekat kumpulan ini, tetapi sering mengalami kegagalan.

#3. Memberi bantuan kilat.

Pada tahun 2011, Jepun mengalami bencana Tsunami yang mengorbankan banyak nyawa. Namun dapat dilihat kumpulan Yakuza ini turut turun pandang memberi bantuan kilat kepada mangsa. Mereka turut membantu membina rumah dan menghulurkan bantuan kepada mangsa.

#4. Majalah Yakuza

Mereka juga mempunyai majalah tersendiri yang dipanggil sebagai Yamaguchi-gumi Shinpo. Majalah itu mengandungi artikel, haikus dan penulisan. Editor menceritakan tentang organisasi tersebut dan perkara-perkara susah yang dialami.  Majalah tersebut dikeluarkan bagi menaikkan semangat pengikut.

#5. Yubitsume

Yakuza mempunyai cara tersendiri untuk menghukum pengikut. Ianya dipanggil sebagai Yubitsume di mana hukumannya sangat berat. Ianya melibatkan memotong jari pengikut bagi memastikan mereka tidak mengulangi kesilapan.

#6. tattoo.

Apa yang menarik tentang Yakuza ini , mereka mementingkan penggunaan tattoo pada badan. Tattoo ini melambangkan keberanian seseorang pengikut. Namun, mereka tidak boleh seberangan menunjukkan tattoo mereka di khalayak ramai.

#7. Menyaman Yakuza.

Malangnya jika anda menyaman Yakuza, mereka akan menyaman anda semula. Mereka sering akan mencari cara untuk memenangi kes. Malahan mereka mampu membuat hakim percaya yang mereka sebenarnya tidak bersalah dan telah menjadi mangsa.

#8. Peperiksaan

Yamaguchi-gumi mencipta peperiksaan yang mempunyai 12 muka surat untuk setiap pengikutnya. Ianya berlaku apabila kerajaan Jepun telah mengenakan sekatan yang ketat kepada sindiket ini. Peperiksaan tersebut bagi memastikan pengikut faham tentang undang-undang di dalam negara Jepun.

#9. Upacara Inisiasi.

Ianya bukan mudah untuk menyertai Yakuza. Terdapat pelbagai proses yang perlu dilalui. Secara asasnya, pengikut baru perlu patuh pada pengikut yang telah lama. Mereka memanggilnya ‘Kobun’. Yakuza merupakan kumpulan jenayah yang sangat teratur dengan struktur yang kompleks di mana pengikut perlu melalui proses dari satu per satu. Upacara inisiasi ini merupakan upacara yang disambut dengan sake (sejenis arak) atau dalam bahasa mereka, sakazukigoto.

#10. Yakuza juga menyertai politik.

Pada tahun 2012, politik Jepun telah menjadi tajuk perbualan di seluruh dunia. Ini berlaku apabila Perdana Menteri Keishu Tanaka yang meletakkan jawatan apabila diketahui tentang hubungannya dengan Yakuza. Namun ianya bukan suatu yang memeranjatkan di dalam sejarah politik Jepun. Parti Demokrat Liberal telah dikatakan mempunyai hubungan dengan organisasi tersebut. Mereka telah memerintah hampir 54-58 tahun.

http://ift.tt/2Dw2tyX

Comments