- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
via Taiko TV
Kemboja merupakan tempat destinasi pelancongan. Satu tempat yang sering menjadi tempat tarikan ialah Angkor Wat iaitu monumen keagamaan dalam dunia. Kuil itu terletak di Siem Reap iaitu di Barat Laut Kemboja. Kebanyakan pelancong bukan datang untuk Angkor Wat tetapi untuk berparti di Siem Reap.
Malangnya, terdapat sekumpulan pelancong yang berparti sehingga keterlaluan di sebuah Villa di Siem Reap. Menurut Polis Kemboja, mereka telah menahan pelancong yang berumur dalam linkungan 19 sehingga 35 tahun akibat melakukan tarian pornografi.
Mereka telah beratur selepas ditahan di hadapan balai polis.
Polis mengatakan lelaki dan perempuan berguling-guling di atas lantai. Mereka semua berpakaian ketika menari tetapi sambil melakukan posisi seks.
Antara pelancong yang tertangkap merupakan 5 lelaki British. Mereka yang dikenali sebagai:
- Vincent Harley Robert Hook, 35 tahun.
- Daniel Richard Leeming Jones, 30 tahun.
- Thomas Alexander Jeffries, 22 tahun.
- Billy Stevens, 21 tahun.
- Paul Francis Harris, 32 tahun.
Beginilah cara mereka menari.
Antara pelancong lain yang turut ditangkap adalah seperti berikut:
- Job Robertus van der Wel (Belanda), 22 tahun
- Jessica Drolet (Kanada), 25 tahun
- Eden Koazoleas (Kanada), 19 tahun.
- David Nikolaus Aleksandr Ballovarre (Norway), 22 tahun.
- Paul Martin Brasch (New Zealand), 32 tahun.
Pihak wartawan telah menemubual pelancong di dalam lokap. Mereka mengatakan mereka tidak tahu kenapa mereka ditahan. Ianya tidak pasti siapa yang membuat laporan pada pihak polis.
Terdapat lelaki yang terperanjat apabila mereka ditangkap.
Salah seorang pelancong British yang ditangkap berkata kepada online magazine Metro. Beliau mengatakan:
“Mereka menyerbu, dan mengumpulkan kami semua – terdapat 80 hingga 100 orang di dalam parti ini, setengah daripada mereka adalah pelancong. Mereka terdiri daripada 30 orang kesemuannya (pegawai polis).”
Manakala, pelancong lain turut menambah.
“Kami tidak bersalah, kami tidak tahu kenapa kami ditangkap.”
Namun, pihak berkuasa Kemboja mempunyai pandangan berbeza tentang ini. Pihak polis berkata mereka boleh dipenjarakan kerana berkelakuan tidak senonoh. Sekiranya didapati bersalah, mereka boleh dipenjarakan selama setahun.
Seperti rakan-rakan yang lain, kedua-dua laki ini merasakan mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan.
Kedutaan bagi pelancong yang ditahan telah mengambil tindakan untuk menyelesaikan kes ini. Malahan, ahli keluarga telah risau dengan keadaan mereka. Namun, pelancong berkata polis telah melayan mereka dengan baik. Malahan, pihak polis telah membeli mereka pizza.
http://ift.tt/2GweHW6
Comments
Post a Comment