- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps

via Taiko TV
Fenomena dunia K-Pop sudah tentu tidak asing lagi terutama bagi kalangan gadis-gadis remaja di seluruh Asia mahupun dunia. Kegilaan para peminat terhadap muzik, tarian, fesyen dan gaya hidup selebriti idola mereka harus diambil tahu dari setiap sudut.
Jom kita lihat senarai selebriti kacak K-Pop yang berbakat ini. Bukan sekadar “berwajah jambu”, tetapi mampu mencairkan hati gadis-gadis diluar sana.
#1. Chanyeol EXO

Merupakan salah satu idola k-pop yang mempunyai pakej lengkap. Selain kacak dan memiliki tubuh fizikal agak tinggi, jejaka berusia 26 tahun ini juga pandai bermain alat muzik seperti gitar, piano dan drum. Jadi tidak mustahil lah dia menjadi idaman semua gadis.
#2. Suho EXO
Merupakan ketua ahli kumpulan EXO, jejaka yang memilik nama penuh Kim Jun-Myeon ini mempunyai sifat pelindung dan sangat tegas terutama dikalangan ahli kumpulannya. Selain itu dia juga mempunyai minat yang mendalam terhadap fotografi dan suka menggembara. Mana tahu satu hari nanti anda boleh bercuti bersama Suho?
#3. Park Bo Gum

Siapa tidak mengenali jejaka yang mampu mencairkan para peminat drama korea melalui bakat lakonan beliau itu. Bukan sekadar kacak dan comel, memegang watak sebagai Putera Mahkota Lee Young dalam drama siri Love In The Moonlight menaikkan lagi nama beliau dalam industri hiburan.
#4. JB GOT7

Menjadi salah satu vokalis utama bagi kumpulan GOT7, sudah tentu suaranya mampu mencairkan hati peminat yang mendengar lagu-lagu mereka. JB juga dikatakan pandai mencipta lagu dan mempunyai tingkah-laku yang agak lucu dalam situasi tertentu. Gadis sekarang suka lelaki yang kelakar bukan?
#5. Lee Dong Wook

Mustahil tiada siapa mengenali pelakon terkenal di Korea ini. Mula dikenali melalui drama My Girl pada tahun 2005 sehinggalah drama bersiri Goblin, karier lakonan jejaka ini semakin memuncak. Namun walaupun menyepi beberapa tahun kerana menjalani latihan kententeraan, usahanya masih diterima oleh para peminat. Tak sia-sia para gadis menunggu di depan televisyen.
#6. Sungjae BTOB

Ahli kumpulan BTOB sememangnya sangat terkenal dengan sifat kelakar masing-masing, tidak kurang juga buat Sungjae. Jejaka yang mudah bergaul mesra dengan peminat ini amat disenangi oleh semua orang. Kalau dia jadi salah seorang kawan anda, mesti happening bukan?
#7. Jin BTS

Wajah comel yang dimiliki oleh jejaka ini bukan sahaja menarik perhatian si gadis, bahkan turut mendapat gangguan daripada sesetengah lelaki homoseksual. Sama seperti Sungjae, dia juga mempunyai sifat humor yang amat tinggi dan sangat merendah diri.
#8. Lee Dong-Hae

Digilai oleh ramai gadis kerana wajahnya yang tampan dan terkenal di seluruh Asia, ahli kumpulan Super Junior ini sangat penyayang dikalangan mereka semua. Selain menyanyi, jejaka ini juga suka menulis puisi ketika waktu lapang. Pasti romantik bukan?
#9. Park Seo-Joon

Meskipun dikatakan seorang yang introvert dan pemalu, jejaka ini tidak terlepas daripada perhatian para gadis. Dia dilaporkan tidak menjalani sebarang pembedahan plastik kerana sudah popular sejak awal kemunculannya. Hm baguslah kalau macam tu.
#10. Kang Daniel Wanna One

Mempunyai wajah yang comel dan suka tersenyum, tidak hairanlah jejaka ini seringkali tular di laman sosial. Dia juga seorang yang lincah ketika persembahan membuatkan para peminat terpukau dengan bakatnya itu.
https://www.taikotai.tv/2018/01/05/10-selebriti-kacak-k-pop-yang-menjadi-idaman-hati-setiap-gadis/
Comments
Post a Comment