- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps

via Taiko TV
Bekas ketua Yakuza yang diburu pihak polis sejak 14 tahun lalu akhirnya berjaya dicekup oleh pihak polis di Thailand selepas lakaran tatu miliknya tersebar luas di media sosial.

Shigeharu Shirai telah ditahan di utara Bangkok, Thailand tempat dimana dia menyembunyikan diri daripada tuduhan bunuh di Jepun berkaitan dengan kematian musuhnya yang juga merupakan ketua anggota kumpulan kongsi gelap yang lain pada 2003.

Lelaki berusia 74 tahun itu ditahan selepas gambarnya bermain dam dimuat naik ke dalam Facebook oleh seorang lelaki Thailand yang kagum dengan tatu di tubuhnya.
Tatu yang ada di seluruh badannya, selain hilang jari kelingking di kedua-dua tangan merupakan tanda seseorang itu anggota yakuza.

Gambar itu dikongsi lebih dari 10,000 kali akhirnya sampai ke pengetahuan polis Jepun dan meminta kerjasama polis Thailand untuk menyiasat.
Pada tahun 2005, Shirai berjaya melarikan diri ke Thailand manakala tujuh lagi yang terbabit dalam jenayah itu berjaya ditahan polis.

Yakuza yang disamakan dengan kumpulan mafia telah menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat Jepun dengan jumlah anggota yang mencecah 60,000 orang.

Comments
Post a Comment