24 Tarikan Menarik Di Bali Yang Orang Malaysia Tidak Tahu


via Taiko TV

Pulau Bali ini terkenal dengan keindahan alam semula jadi yang menakjubkan. Pelbagai keindahan alam yang dapat diterokai sekiranya melawat ke Bali. Tetapi kali ini, kami ingin berkongsi keajaiban alam yang jarang ditemui apabila melawat ke Bali ini.

#1. Canyon Sukawati Yang Suci

Canyon ini berada berdekatan dengan Pura Beji Guwang di Sukawati. Terdapat sebuah bukit suci yang sangat luar biasa, ia pasti memberi inspirasi kepada siapa saja dan semua orang.

Canyon rahsia ini mesti dikunjungi buat jurugambar, artis yang menginginkan pemandangan yang terpersona.

Perkara yang paling menarik tentang canyon ini, jika anda lihat betul-betul – ia mempunyai bentuk yang sangat unik, seseorang juga dapat melihat tengkorak yang sedang menangis dan terdapat juga melihat wajah lain seperti singa dalam landskap abstrak.

2. Ladang Marigold di Desa Temukus

Nota: Ladang marigold ini tidak membenarkan sebarang pelawat kerana letusan Gunung berapi yang berlaku baru-baru ini.

Desa Temukus (atau turut dikenali sebagai ‘Kampung Temukus’) dipenuhi dengan bunga Marigold yang berwarna oren.

Sekiranya anda pernah tertanya-tanya, ada satu bunga tertentu yang digunakan dalam upacara keagamaan di Bali – bunga marigold, atau dikenali sebagai ‘Gemitir’.

Desa Temukus adalah sebuah desa yang tenang di Bali Timur, dekat dengan kuil yang paling suci di Bali. Kebanyakan penduduknya menanam bunga, jadi anda boleh menemui banyak jenis bunga di sini. Tetapi jangan lupa, perlu meminta izin dahulu daripada penduduk tempatan sebelum memasuki ladang mereka!

Satu lagi berita baik untuk pelancong – kawasan ini juga mempunyai ladang bunga Edelweiss (atau disebut ‘Kasna’).

#3. Air Terjun Tukang Cepud.

Air terjun ini amat jarang diterokai dan dilawati. Sebaik sahaja anda berjalan ke dalam kawasan itu, anda hari melihat ke atas tebing. Hal kerana terdapat pemandangan yang sangat indah apabila dapat melihat tebing yang dikelilingi dengan air terjun yang mengalir dari sungai di atas.

Oleh kerana air terjun masih menjadi rahsia, tidak ada bayaran masuk secara rasmi. Walau bagaimanapun, dalam ekspedisi baru-baru ini, pelancong telah diminta untuk membayar Rp. 10,000 (USD 0.75) untuk memasuki kawasan tersebut.

Berhati-hati ketika masuk ke kawasan ini, penting untuk menyedari paras air sungai sebelum anda menuju ke air terjun. Banjir mungkin berlaku jika jadual air mula naik semasa hujan.

#4. Air Terjun Peguyangan, Nusa Penida.

Ia merupakan air pancut (fountains), yang mengalir menuju ke jurang yang curam dan masuk ke dalam laut.

Terdapat tempat yang baik untuk pengunjung menikmati ‘spa semulajadi’, dan urut dengan mengunakan air yang mengalir dengan deras ketika mereka mengalir di atas tebing dan kolam cetek.

Bagi menuju ke mata air (springs), pengunjung perlu menuruni tangga yang sempit berdekatan dengan jurang. .

#5. Tebing Tinggi di Pantai Melasti (Ungasan).

Merupakan salah satu pantai yang paling cantik di pantai selatan Bali yang sering diabaikan oleh pelancong. Kebanyakan jurugambar yang turun ke Melasti, pasti tertarik dengan bentuk batuan yang indah dan tebing tinggi yang menakjubkan.

#6. Angel’s Billabong

Angel’s Billabong adalah salah satu tempat rahsia di Nusa Penida yang membentuk kolam semula jadi yang mengagumkan.

Dengan air yang berwarna kristal, Angel’s Billabong merupakan tempat yang menakjubkan. Dan nampaknya, lantai kolam yang berwarna hijau itu sangat selesa untuk dilalui (tidak licin), ia sebenarnya terasa seperti bergerak di atas karpet permaidani.

#7. Taman Sambangan yang rahsia.

Terdapat sebuah kampung Sambangan yang tersembunyi jauh dari Bali Utara. Hanya penduduk setempat dan segelintir pelancong yang bijak mengalami keindahan hutan dan air terjun yang terletak berhampiran Sambangan, dikenali sebagai Taman Rahsia.

Taman ini mempunyai kolam semula jadi dan air terjun yang tersembunyi di dalam hutan hujan Bali. Terdapat tujuh air terjun dan memerlukan perjalanan tiga jam jauh ke dalam hutan untuk meneroka kesemuanya. Kedudukannya sangat jauh di dalam hutan dan belum tercemar. Pemandangan di sini adalah antara yang paling indah di Bali.

#8. Bukit Teletubbies di Nusa Penida

Dalam kawasan hijau Nusa Penida yang subur, terdapat sekumpulan bukit berbentuk bulat yang dinamakan dengan nama Bukit ‘Teletubbies’.

Nama ini merujuk kepada bukit-bukau hijau yang kelihatan seperti alien dari program televisyen kanak-kanak tersebut.

Masa terbaik untuk melawat Bukit Teletubbies adalah semasa atau selepas musim hujan apabila bukit-bukit kelihatan berwarna hijau yang terang.

#9. Pantai Atuh, Nusa Penida

Nusa Penida memiliki beberapa pantai Bali yang paling indah, termasuk Pantai Atuh yang terletak di pantai timur pulau itu.

#10. Landskap Gunung Berapi Batur

Gunung Batur (1,717 m) adalah gunung berapi yang paling banyak dikunjungi di Bali, untuk melihat pemandangan api yang dahsyat.

Untuk melihat pemandangan Batur dengan lebih hebat, kami cadangkan anda menuju ke kampung Pinggan.

Di sini anda boleh mengalami keindahan gunung berapi yang aktif.

Batur adalah yang tempat paling fotogenik pada ketika matahari terbit dan matahari terbenam. Malahan cantik ketika waktu malam.

#11. Tebing Hijau dan Grotto Undisan Bangli

Di sini terdapat pemandangan sawah, hutan dan jurang – dan air terjun yang berdekatan. Tebing Undisan pada dasarnya adalah tebing berlumut.

Sekiranya anda mengikuti air di bawah tebing hijau ini, anda akan menemui gua rahsia tersembunyi di dalamnya!

#12. Percikan ombak (Waterblow) di Nusa Dua

Membayangkan ombak Lautan Hindi yang melanda menghempas ke tebing batu. Sila lawati tebing batu tersembunyi di Nusa Dua untuk menyaksikan pemandangan alam yang indah.

Fenomena alam semulajadi ini berlaku ketika ombak menghempas ke tebing dan kemudian air ombak akan memercik tinggi!

#13. Tebing Banah, Nusa Penida

Tebing Banah, Nusa Penida merupakan tebing pantai paling cantik di Bali.

Ketinggian beratus-ratus meter tinggi dan diliputi dengan tumbuh-tumbuhan hijau yang subur, yang membuat pemandangan menjadi menakjubkan.

Dari puncak atas Tebing Banah, anda boleh melihat pembentukan batu yang luar biasa – seperti sebuah pulau kecil yang cantik, di tengah-tengah laut. Satu lagi keajaiban yang menawan di Bali.

#14. Lagun Biru, Nusa Ceningan

Lagun Biru, Nusa Ceningan adalah sebuah pulau yang sangat cantik.

Penduduk setempat tidak mengalakkan sebarang aktiviti melompat dilakukan.

15. Bukit Asah Bugbug, Karangasem.

Tidak ada yang lebih baik daripada berkelah di sebuah tempat yang dikenali sebagai Bukit Asah Bugbug, Karangasem.

Puncak bukit yang hijau dengan pemandangan laut menjadi tempat yang sesuai untuk anda berkelah atau piknik.

Ianya sesuai untuk menjadi tempat untuk melihat pemandangan matahari terbit dan terbenam.

#16. Gua Suluban

Semua orang mungkin tahu mengenai Pantai Suluban menjadi tempat untuk pelayar, tetapi sebenarnya Gua Suluban yang menjadi khazanah sebenar di sini.

Ianya dilihat hampir seperti satu set filem dari siri-siri Pirates of the Caribbean. Gua Suluban ini membongkar pelbagai misteri dan mistik.

Terletak betul-betul di bawah Uluwatu, gua itu sebenarnya membawa ke pantai berhampiran dengan Kuil Uluwatu. Kuil Uluwatu merupakan kuil laut (sea temple) yang luar biasa yang anda mesti melawat!

#17. Pasih Uwug (atau Broken Sea)

Pasih Uwug, yang juga dikenali sebagai ‘Broken Sea‘, merupakan salah satu tarikan unik di Nusa Penida yang menjadi fenomena geologi yang menarik.

Kenapa ia dikenali sebagai laut yang pecah?

Dari gambar, anda dapat melihat lengkungan semula jadi yang tercipta daripada tebing batu. Gerbang – atau lubang di tebing batu sebenarnya dahulunya adalah gua!

Lantai gua telah runtuh, menjadikan gerbang yang kita lihat hari ini. Lubang di tebing juga membolehkan air laut mengalir melaluinya dan mewujudkan kolam semulajadi yang cantik.

#18. Berendam di dalam ‘Jakuzi’ di Pantai Tegal Wangi

Satu lagi keajaiban alam semula jadi yang tidak boleh dilepaskan iaitu di Pantai Tegal Wangi. Anda akan terkejut dengan pantai yang sangat cantik ini.

Anda boleh berendam di dalam permukaan lubang dengan pemandangan laut yang menakjubkan.

Dengan lubang-lubang kecil di persisiran pantai yang dipenuhi dengan air laut yang segar, anda pasti boleh menikmati rendaman yang selesa seperti berada di dalam ‘jakuzi’

#19. Pantai Yeh Leh

Anda mungkin tidak pernah mendengar tentang Pantai Yeh Leh melainkan anda seorang nelayan tempatan. Ianya terletak di Jembrana, hanya dari lebuh raya Denpasar-Gilimanuk.

Pantai Yeh Leh ini tidak dihiasi dengan pasir putih lembut seperti pantai yang anda selalu pergi. Sebaliknya, pantai ini dipenuhi dengan beribu-ribu batu. Batu-batu ini misteri dan kurang diketahui daripada mana asalnya.

Pantai ini sebenarnya mudah diakses, dan anda boleh melawat ketika air sedang surut. Dan jika boleh, jangan terlepas waktu ketika matahari terbenam yang menakjubkan, yang membuatkan setiap batu menjadi bersinar di pantai.

#20. Tasik Kembar Tamblingan dan Buyan

Kedua-dua tasik ini dipisahkan oleh hutan yang berkeluasan sebanyak 1 kilometer.

Tasik adalah sumber kehidupan bagi komuniti di sekelilingnya, dan anda juga dapat melihat penduduk tempatan yang mengembara perairan mengunakan kanu tradisional.

Untuk melihat kedua-dua tasik bersama-sama, tempat yang terbaik adalah dari puncak bukit di Kampung Asah Gobleg.

#21. Pokok Bunut Bolong

Di perkampungan Manggissari, terletak di bahagian barat Bali, mempunyai satu lagi pokok megah yang terkenal dengan kekuatan ghaibnya. Pokok Bunut Bolong (bermaksud “pokok dengan lubang di dalamnya”) mempunyai sejarah yang tersendiri.

Pokok ini mempunyai akar di kedua-dua belah jalan, membentuk gerbang yang boleh dikunjungi para pelawat. Pengantin lelaki dan pengantin lelaki dinasihatkan untuk menjauhkan diri dari melalui jalan ini, kerana legenda mengatakan bahawa mereka yang melalui jalan ini akan berakhir dengan terpisah.

Untuk melindungi orang dari kuasa pokok itu, jalan lain telah dibina di sebelahnya.

#22. Air Terjun Blahmantung

Dengan kejatuhan air sepanjang 100 meter menjadikan ianya dianggap sebagai air terjun tertinggi di Bali.

Blahmantung terletak tidak jauh dari kampung pertanian Pupuan. Pastikan anda menikmati peluang untuk berenang di kolam renang yang menyegarkan.

#23. Air Terjun Sekumpul

‘Sekumpul’ sebenarnya bermaksud ‘kumpulan’, dan semasa musim hujan, anda akan disambut dengan hampir sebanyak 7 air terjun. Semua air terjun ini sangat mengagumkan, bertaburan di tebing tinggi dan mengalir turun di tengah-tengah hutan tanah tinggi.

Selepas perjalanan yang panjang untuk ke air terjun Sekumpul ini, peluang untuk mandi di bawah air terjun akan menjadi pengalaman santai yang boleh menenangkan minda, badan dan jiwa.

#24. Kolam Semula Jadi di Pantai Tembeling, Nusa Penida.

Kemas kini: Tempat ini kini ditutup kerana tanah runtuh.

Bagi orang Bali, Tembeling adalah tempat yang suci, yang digunakan untuk ritual semasa upacara Keagamaan. Di dalam hutan, terdapat dua kolam semulajadi yang tersembunyi dengan air yang begitu jelas.

Pada masa kini, ia telah menjadi tempat yang dicari oleh pelancong yang ingin berenang di tempat rahsia yang unik ini.

Tetapi perlu diingat bahawa kolam besar adalah untuk lelaki dan yang kecil untuk wanita sahaja.

Teruskan berjalan sampai ke penghujung dan anda akan sampai ke pantai berbatu yang indah.

Bagi anda yang ingin bercuti ke Bali, boleh cuba melawat ke destinasi -destinasi seperti di atas. Sila kongsikan pandangan anda di dalam ruang komen!

http://ift.tt/2DBvB7U

Comments