- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps

via Taiko TV
Kucing merupakan binatang yang sangat comel dan manja. Di Malaysia, mereka merupakan binatang yang paling disayangi kerana mampu membuats sesiapa sahaja menjadi gembira di saat gelisah dengan kecomelannya.
Terdapat pelbagai jenis kucing yang ada di dunia ini, namun kali ini kami ingin berkongsi dengan anda 5 baka kucing yang paling unik di dunia.
#1. Selkirk Rex
Baka Rex Selkirk adalah berbeza daripada semua baka Rex yang lain. The Rex Selkirk mempunyai bulu yang sangat tebal dan berasal daripada Montana,Amerika Syarikat pada tahun 1987.
Baka kucing ini pada asalnya hanya berada di dalam tong sampah dan diselamatkan oleh pembiak baka iaitu Jeri Newman yang menamakan kucing tersebut sebagai Miss De Pesto. Selkirk Rex juga mempunyai ciri-ciri Exotic Shorthair
#2. Munchkins
Muchkin adalah sejenis kucing yang mempunyai kaki yang sangat pendek disebabkan oleh mutasi genetik. Nama “munchkin” berasal dari penduduk Munchkin Country yang berasal dari penulis L. Frank Baum, yang berasal dari novel 1900, The Wonderful Wizard of Oz.
#3. Scottish Fold
Scottis Fold merupakan kucing yang mempunyai bentuk telinga seperti dilipat dan digelar sebagai burung hantu. Pada asalnya kucing ini digelar sebagai lop-eared atau lops namun begitu namanya ditukar menjadi scottis fold pada tahun 1966. Kucing ini mempunyai bulu yang pendek tetapi sangat cantik.
#4. American Curl
Kucing Curl Amerika ini mempunyai kucing yang mempunyai telinga yang luar biasa. Telinga kucing ini harus dijaga dengan berhati-hati kerana jika anda menjaganya dengan kasar ini dapat merosakkan tulang rawan di telinga kucing ini. Kucing ini berasal daripada Lakewood,California.
#5. Khao Manee
Kucing khao manee ini juga digelar sebagai kucing mata diamond. Kebanyakkan kucing ini berasal daripada thailand dan mempunyai mata yang sangat cantik.
Kucing khao manee kebanyakkannya putih dan mempunyai mata seperti biru emas dan juga mempunyai dua warna mata yang berlainan. Pada 3 september baka diberi gelaran baka Preliminary New Breed. Kucing ini juga dianggap sangat unik yang terletak pada matanya.
http://ift.tt/2qANygz
Comments
Post a Comment