5 Buah Robot Yang Dapat Memusnahkan Dunia Dan Spesis Manusia


via Taiko TV

Robot merupakan sebuah alat mekanikal yang dapat melakukan tugas fizikal atau perisian yang telah ditetapkan oleh manusia.

Kebanyakkan robot dicipta oleh manusia untuk memudahkan kita melakukan sesuatu pekerjaan contohnya robot pembantu rumah, namun begitu terdapat juga pelbagai robot yang pelik seperti robot wanita yang dapat menemani lelaki yang kesunyian.

Namun kali ini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa robot yang dapat mengancam dunia jika iainya tidak dikawal dengan betul.

#1. Air Jellies

Robot yang dikenali sebagai Air Jellies ini merupakan sebuah robot berbentuk obor-obor. Robot yang dicipta oleh Festo Automation Germany ini mampu terbang di udara. Robot ini juga diinspirasikan daripada bentuk dan sifat obor-obor.

Apa yang menarik tentang robot ini ialah iainya mampu terbang di udara dan menyerang sasarannya, namun tidak dapat dikenal pasti apa motif utama robot ini dicipta. Namun begitu jika kita tersalah mengsetkan robot ini iainya mampu menyerang dan memusnahkan manusia.

#2. Robot Penguin

Robot penguin ini dicipta seperti peguin malah robot ini mempunyai bentuk dan suara yang sama seperti penguin. Apa yang menarik ialah robot penguin ini lebih hebat dan kuat daripada seekor penguin yang sebenar.

Penguin ini mempunyai daya ketahanan daripada robot biasa, iainya boleh berenang dengan lebih cepat dan dapat juga bekerja secara berkumpulan. Robot ini dianggap bahaya kerana mempunyai senjata nuklear serta dapat melepaskan senjata bio kimia daripada mulutnya.

#3. Robot Askar

Robot askar ini terbahagi kepada dua jenis iaitu robot sniffer dan lethal robot soldiers. Robot ini dicipta untuk membantu tentera Iraq dalam peperangan.

Robot ini memiliki kemampuan luar biasa berbanding tentera biasa kerana iainya mempunyai ketepatan artileri dan senjata yang mampu memusnahkan anda dalam sekelip mata. Robot ini juga mampu menembak musuhnya daripada jarak yang jauh.

#4. Asimo

Robot yang dicipta oleh syarikat Honda ini digelar sebagai sahabat manusia. Robot ini dicipat untuk membantu manusia dengan mempermudahkan manusia dalam menyelesaikan pekerjaan seharian mereka.Apa yang menariknya robot ini boleh membaca fikiran anda dan mampu menuruti kehendak anda tanpa anda perlu bercakap lagi.

Contohnya jika anda hendak robot ini menyediakan pakaian anda, iainya mampu mengesan kehendak anda dan terus melakukannya. Robot ini juga pandai menari, menyediakan anda hidangan makanan dan banyak lagi. Teknologi baru ini dikenali sebagai ”wirelessly relaying brain waves”.

#5. Robodog

Robodog merupakan sebuah robot yang paling moden dan paling maju di dunia. Robot ini memiliki senjata perisai yang dapat menghapuskan manusia.

Robot ini juga mampu menjelajah dunia dan memanjat pokok dalam masa yang sangat pantas. Robot ini juga mampu menembak anda dari jarak yang jauh jadi iainya amat berbahaya bagi manusia jika iainya salah digunakan.

Kemajuan teknologi pada hari ini sudah tidak terjangkau oleh akal fikiran lagi, namun iainya terpulang kepada kita bagaimana cara kita menggunakannnya.

http://ift.tt/2Ct53UV

Comments