5 Pasangan Artis Yang Paling Romantis Di Malaysia


via Taiko TV

Kehidupan seorang artis memang selalu tidak dapat terlepas daripada menjadi perhatian orang ramai di Malaysia.

Tambahan pula sekiranya mereka mempunyai pasangan yang juga merupakan seorang artis dan sekaligus menjadikan populariti mereka berdua meningkat berkali ganda.

Selain daripada pasangan #Fattzura, siapakah lagi pasangan artis yang paling romantis sekali di Malaysia?

#1. Scha Al-yahya dan Awal Shaari

Thank you for everything ♥ #schawal

56.9k Likes, 259 Comments – Scha Alyahya™ (@schaalyahya) on Instagram: “Thank you for everything ♥ #schawal”

 

Pasangan artis popular iaitu Scha dan Awal ini amat popular sejak daripada awal perhubungan mereka hinggalah mereka berkahwin pada 2012.

Walaupun pernah terpalit dengan kontroversi apabila Awal Shaari pernah memuat naik gambar ciuman mereka di laman sosial namun ianya langsung tidak memberi kesan kepada mereka kerana menurut Awal, hubungan mereka itu sudah pun halal.

Pasangan ini telah dikurniakan seorang anak perempuan yang comel iaitu Lara Alana bagi menambah lagi seri hubungan perkahwinan mereka.

#2. Fazura dan Fattah Amin

In our own world and the city of love. 💖💙🇫🇷

191.1k Likes, 1,951 Comments – Nur Fazura (@missfazura) on Instagram: “In our own world and the city of love. 💖💙🇫🇷

Terdapat pelbagai kontroversi serta khabar angin sebelum perkahwinan mereka berlangsung, termasuklah terdapat khabar angin bahawa mereka telah bernikah sebelum berlepas ke Mekah. Bergandingan di dalam drama Hero Seorang Cinderella ternyata gabungan dalam drama ini benar-benar terjadi dalam dunia yang nyata. Ramai peminat menggelarkan mereka sebagai Fattzura.

#3. Aeril Zafril dan Wawa Zainal

Mana rambut?? 😭😭

83.4k Likes, 323 Comments – AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on Instagram: “Mana rambut?? 😭😭

Pasangan yang selalu kelihatan sweet ini amat popular di kalangan peminat di Malaysia. Aeril Zafrel juga telah membuat kejutan buat isteri kesayangannnya dengan membawa isterinya bercuti ke Lombok tanpa pengetahuan Wawa, tidak habis di situ dia juga telah membuat video sempena Ulang tahun hari jadi isterinya. Pasangan ini juga dikurniakan dengan 3 cahaya mata yang sangat comel.

#4. Zain Saidin dan Rozita Che Wan

❤ @therealzainsaidin . . #rozitachewan #cheta #rcw #zsrcwtour #zsrcwindubai #chetaindubai #jalanjalancheta #anniversarytrip #dubai #14/12/17 . 📷 @eddy_aidil

7,011 Likes, 28 Comments – Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on Instagram: “❤ @therealzainsaidin . . #rozitachewan #cheta #rcw #zsrcwtour #zsrcwindubai #chetaindubai…”

Walaupun mempunyai jarak umur yang agak jauh, iainya tidak dapat menghalang percintaan mereka. Perkahwinan mereka dahulu digelar sebagai wedding of the year. Pasangan ini juga dikurniakan seorang anak yang comel iaitu Aisha Dhia Rana.

#5. Hanis Zalikha dan Hairul Azreen

Bismillahirahmanirahim 2018. Semoga kami sentiasa gigih berusaha menjadi lebih baik, membuat lebih baik dan memberikan manfaat yang terbaik buat semua di sekeliling kami. Aminnn YRA. Kkk Yusuf gerak dulu.

203.2k Likes, 704 Comments – Hanis Zalikha (@haniszalikha) on Instagram: “Bismillahirahmanirahim 2018. Semoga kami sentiasa gigih berusaha menjadi lebih baik, membuat lebih…”

Walaupun pernah terpalit dengan kontroversi tentang cara Hairul Azreen melamar Hanis Zalikha yang dikatakan serupa gaya seorang penganut agama Kristian, namun iainya tidak menghalang Hairul Azreen untuk terus membimbing isterinya. Pasangan ini dikurniakan seorang anak yang comel yang dinamakan sebagai Yusuf Iskandar.

http://ift.tt/2m1uSRC

Comments