- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps

via Taiko TV
Selain daripada jantung dan paru-paru, hati merupakan salah satu organ yang amat penting dalam sistem tubuh manusia. Hati memiliki berbagai macam fungsi bagi tubuh manusia. Salah satu fungsi hati adalah sebagai alat yang membantu proses pencernaan dalam tubuh manusia.
Mungkin kerana kurangnya kesedaran, ramai orang yang mengabaikan tahap kesihatan hati mereka. Berikut merupakan tanda-tanda kerosakan hati yang ramai orang tidak sedari.
#1. Kesakitan di kawasan hati.
Rasa sakit di bahagian atas kanan abdomen adalah tanda bahawa hati anda mungkin mengalami masalah. Fungsi hati adalah untuk membantu badan membuang sisa makanan dan mencerna makanan. Apabila hati anda tidak sihat, iainya tidak dapat beroperasi dengan baik dan akan mula membengkak.
#2. Bengkak pada kaki dan buku lali.
Selain itu kegagalan hati akan menyebabkan kaki dan pergelangan kaki anda membengkak. Lebih banyak tisu parut yang ada, lebih sukar untuk hati berfungsi dan akhirnya membawa kepada hipertensi portal yang akan menyebabkan bendalir terkumpul di kaki (edema).
Meskipun kebengkakan ini tidak menyakitkan tetapi ianya boleh menjejaskan fungsi kedua-dua belah kaki, betis, atau peha.
#3. Berat badan bertambah
Adakah anda salah seorang yang kerap berdiet makanan namun tetap mengalami penambahan berat badan? Sekiranya iya, anda mungkin mengalami hati yang bermasalah.
Apabila hati anda tidak sihat, hati anda tidak dapat membuang semua toksin yang terkumpul di dalam badan anda (alkohol, diet tinggi lemak, ubat tertentu, dll). Satu-satunya perkara yang boleh dicapai oleh hati ialah menyimpan toksin yang tidak diisi dalam sel-sel lemak.
#4. Alergi
Sekiranya anda menghidapi alergi, kemungkinan hati anda sedang bermasalah. Apabila terdapat terlalu banyak bahan yang memasuki saluran darah, otak mengesan mereka sebagai alergi dan melepaskan antibodi dan bahan kimia (histamines, dll) yang menyebabkan ruam gatal.
#5. Kulit kuning dan mata kuning.
Penyakit kuning yang menyebabkan mata dan kulit seseorang menjadi kekuningan mungkin berkaitan dengan kegagalan fungsi di hati dalam tubuh manusia.
Kebiasanya, penyakit kuning ini berpunca apabila sistem tubuh telah mengumpul bilirubin dalam jumlah yang terlalu banyak, pigmen kuning kemudiannya terbentuk oleh pecahan sel darah merah mati di hati.
http://ift.tt/2An4wyM
Comments
Post a Comment