5 Restoran Yang Paling Mahal Di Dunia


via Taiko TV

Restoran merupakan tempat yang paling popular untuk masyarakat mengisi perut mereka ketika lapar. Ada yang memilih restoran murah dan ada juga yang memilih restoran mahal, iainya terpulang kepada bajet masing-masing.

Namun kali ini kami ingin berkongsi dengan anda tentang 5 buah restoran paling mahal di dunia, mampukah anda menjejak kaki di restoran-restoran ini?

#5. Reflets Par Pierre Gagnaire, Dubai, UAE (RM1,750)

Reflets Par Pierre Gagnaire, Dubai, Uni Emirat Arab menduduki tangga ke-5 sebagai restoran paling mahal di dunia. Restoran yang terletak di Dubai ini dilengkapi dengan perabot mewah dan mempunyai menu ala-ala perancis.

 Layanan yang terbaik dan mewah sememangnya telah tersedia di restoran ini. Jika anda datang ke sini, anda selalunya akan dikenakan caj 430 Dollar atau RM1750.00 untuk setiap orang.

#4. Restoran Kitcho, Kyoto, Jepun (RM1830)

Restoran Kitcho ini terletak di Jepun. Restoran ini merupakan restoran mewah dan menghidangkan pelbagai menu yang istimewa, antaranya ialah Kaiseki dan hidangan marator.

Hidangan marator ini yang merupakan hidangan yang amat rumit untuk disediakan. Harga yang dikenakan bagi setiap orang ialah USD450 atau sebanyak RM1,830.00 bagi setiap orang.

#3. Restoran Masa, New York, Amerika Syarikat (RM2,643)

Restoran Masa ini terletak di New York, Amerika Syarikat dan menyediakan masakan Jepun. Walaupun hidangan di restoran ini agak mahal namun iainya amat berbaloi jika hendak dibandingkan dengan hidangan yang sangat lazat.

Restoran ini juga menggajikan para Chef yang terhebat di dunia. Restoran ini selalunya mengenakan caj antara USD650 atau bersamaan dengan RM2,643.00

#2. Restoran UltraViolet, Shanghai, Tiongkok (RM3,130)

Restoran UltraViolet ini terletak di Shanghai, China. Restoran ini telah dibuka oleh Chef Paul Pairet dan restoran ini juga telah dianugerahkan sebagai 50 restoran terbaik di Asia.

Apa yang menariknya ialah restoran ini hanya mempunyai 10 kerusi sahaja dan tiada siapa benar-benar tahu di mana kedudukan sebenar restoran ini.

Anda perlu menempah terlebih dahulu jika ingin pergi ke restoran ini. Restoran ini mempunyai 29 menu dan menunya sering berubah-rubah. Restoran ini mengenakan caj USD770 atau bersamaan dengan RM3,130.00

#1. Restoran SubliMotion, Ibiza, Sepanyol (RM6,507)

Diiktiraf sebagai restoran paling mahal di dunia, Restoran SubliMotion ini terletak di sepanyol. Restoran ini menempatkan 12 kerusi sahaja dan menerima pelanggan 12 orang sahaja pada satu-satu masa.

Restoran yang diilhamkan daripada Michelin-starred dan chef Paco Roncero ini menggabungkan makanan, seni dan juga teknologi. Restoran ini hanya dibuka pada musim panas iaitu daripada Jun hingga oktober sahaja.

 Menu di restoran ini juga berubah-rubah setiap tahun. Restoran ini memiliki ruang seluas 350 M2 dengan reka bentuk Gastronomic  dan audiovisual yang  canggih yang latar belakang teknologi virtual.

Restoran ini mengenakan caj USD1,600 atau RM6,507 seorang untuk 20 hidangan makanan.

http://ift.tt/2EhD1ck

Comments