- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps

via Taiko TV
Suprise ball merupakan sebuah permainan makanan yang amat digemari oleh kanak-kanak. Antara suprise ball yang popular di Malaysia ialah Kinder Joy.
Walaupun harganya agak mahal jika hendak dibandingkan dengan barangannya yang hanya mengandungi krim coklat serta hadiah permainan di dalamnya, ianya tetap laris di pasaran dan sentiasa menjadi dambaan setiap kanak-kanak di Malaysia.

Hal demikian kerana kanak-kanak amat meminatinya, jika dilihat pada zaman 90-an dulu suprise ball ini juga amat popular. Pada zaman dahulu suprise ball hanya boleh didapati di kedai-kedai runcit dan iainya dijual di dalam mesin.
Terdapat beberapa faktor mengapa kanak-kanak pada zaman kini amat meminati suprise ball ini.
#1. Umpama hadiah bagi si kecil

Suprise ball ini amat bermakna buat mereka kerana sifat ingin tahu yang membuak-buak apakah hadiah permainan di dalam permainan itu. Perasaan ini adalah normal bukan sahaja bagi kanak-kanak malahan bagi orang dewasa juga. Contohnya sekiranya kita mendapat hadiah sudah tentu perasaan kita membuak-buak ingin tahu apakah hadiah di dalamnya.
#2. Kepuasan serta-merta

Suprise ball ini dapat memberi kepuasan yang serta-merta kepada kanak-kanak kecil kerana ianya tidak memerlukan sebarang usaha seperti melukis atau mewarna. Proses membuka suprise ball ini juga mudah dilakukan dan mengambil masa yang singkat.
#3. Dipengaruhi oleh iklan

Fikiran kanak-kanak sentiasa dipengaruhi oleh iklan di TV. Apabila mereka melihat iklan ini, secara tak langsungnya minat mereka terhadap suprise ball ini membuak-buak kerana mereka ingin mencubanya.
Bukan kanak-kanak sahaja yang terpengaruh dengan iklan, malahan orang dewasa juga sering terpengaruhi oleh iklan-iklan di TV mahupun di media sosial. Contohnya seperti kita lihat sekarang banyak wanita yang terpengaruh dengan produk kecantikkan yang diiklankan di TV maka tidak hairanlah jika banyak jutawan kosmetik di Malaysia.
#4. Perasaan ingin tahu

Kanak-kanak kecil juga sering terpengaruh dengan warna-warna cerah, dan berbunyi apabila digoncang. Perasaan mereka juga membuak-buak ingin mengetahui apakah hadiah yang ada di dalamnya.
Kadangkala iainya bukanlah disebabkan objek tersebut tetapi disebabkan oleh sifat rasa ingin tahu mendorong mereka untuk memiliki dan membukanya
#5. Kanak-kanak kecil suka mengulangi perkara yang sama

Kanak-kanak kecil suka mengulangi benda yang sama. Mereka sukakan familiarity dan sesuatu yang dekat dengan mereka.
Contohnya jika mereka sesuatu kartun seperti Barbie, mereka lebih cenderung untuk lebih suka memilih bajuBarbie, begBarbie dan katil yang mempunyai wajahBarbie. Perkara ini merupakan perkara biasa dalam proses pembesaran kanak-kanak.
https://www.taikotai.tv/2018/01/07/5-sebab-mengapa-kanak-kanak-ketagih-dengan-suprise-ball/
Comments
Post a Comment