- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps

via Taiko TV
http://ift.tt/2CS1zJs
Menjadi anak perempuan sulung kadang-kadang mempunyai beban tersendiri. Lebih-lebih lagi sekiranya mempunyai adik yang mengharapkan sebarang bantuan dari kakak sulung ini.
Namun, percayalah, jika anda memikir lebih mendalam lagi, anda patut rasa bersyukur bahkan berbangga hati telah dilahirkan menjadi anak pertama. Pasti anda susah nak percaya? Berikut 6 fakta anak perempuan sulung yang jarang diketahui:
#1. Boleh memikul beban yang lebih kuat.
Menjadi anak perempuan sulung tidak mudah, mungkin anda juga pernah merasa beban terpaksa memikul tugas yang berat. Hal ini kerana menjadi anak perempuan sulung ini menyebabkan anda tidak perlu dimanjakan dan anda dari kecil lagi sudah menggalas tanggungjawab yang besar. Anda perlu menjadi contoh dan memberikan teladan yang baik kepada adik- beradik yang lain.
#2. Seringkali barang anda hilang akibat diambil oleh adik beradik yang lain.
Ada masanya, barang-barang anda seperti baju, aksesori perhiasan, skirt yang secara tiba-tiba ‘hilang’ kerana dipinjam oleh adik anda yang lain, tanpa memberitahu anda terlebih dahulu.
Memang, kadang-kadang perkara seperti ini boleh menimbulkan rasa sakit hati. Tapi percayalah, suatu saat, anda akan merindukan masa-masa begini terutama bila semua sudah besar dan telah hidup berdikari suatu hari nanti.
#3. Lebih memahami penat lelah ibu bapa.
Kadang-kadang anda pasti merasa sakit hati apabila melihat adik anda yang suka meminta pelbagai benda dari ibu bapa tanpa memikir kesukaran ibuba bapa.
Hal ini berlaku apabila adik-adik anda tidak tahu bagaiman penat lelah ibu bapa anda untuk menggumpul duit. Sebab itu, anak perempuan sulung ini mempunyai peribadi yang kuat dan tidak mudah mengeluh. Percaya atau tidak, hal-hal sebegini boleh menentukan tahap kejayaan anda di kehidupan akan datang.
#4. Menjadi harapan ibu bapa.
Ibu bapa sering meletakkan harapan yang tinggi pada anak perempuan sulung mereka. Mereka sangat faham dan percaya anda mampu berdikari dan berjuang lebih kuat di dalam hidup. Sebab itu, ibu bapa yang melahirkan anak perempuan sulung ini, mereka sering berharap yang anak mereka mampu berdikari dan mempunyai peribadi yang tinggi.
#5. Menjadi penghubung di antara ibu bapa dan adik-beradik yang lain.
Seringkali berlaku apabila adik beradik yang sukar memahami apa yang disampaikan oleh ibu bapa anda atau ada di antara mereka yang akan melawan semula kata-kata ibu bapa. Dengan itu, anda sebagai anak perempuan sulung sering menjadi penghubung komunikasi buat mereka.
Malahan anak perempuan sulung dilihat lebih pintar dan lebih pandai cara berkomunikasi dengan adik-adik anda berbanding ibu bapa. Hal ini menyebabkan ibu bapa mempunyai harapan yang besar terhadap kamu.
#6. Cenderung mempunyai jiwa yang besar dan bijak. Tidak hairan apabila anda terbiasa untuk lebih mengalah dan melindungi adik-adik anda.
Anak perempuan sulung seringkali dilihat memiliki jiwa yang lebih besar, dan suka memberikan perlindungan kepada adik-adiknya. Ini sering menjadi sikap bagi anak perempuan sulung ini. Anda lebih cepat mengalah, melindungi, malahan bersabar dalam menghadapi kenakalan adik-adik anda.
Begitu bangga bukan menjadi anak perempuan sulung di dalam keluarga? Anda patut berasa bersyukur kerana diberikan peluang sebegini kerana kamu tidak akan ketahui bagaimanakah susah payah ibu kamu suatu ketika dahulu sewaktu melahirkan kamu ke dunia sebagai anak pertamanya. Maka dengan itu, tolong jaga ibu bapa anda dan bantu adik-adikmu dalam menjalani kehidupannya. Anda ibarat “wonder woman” bagi mereka!
Comments
Post a Comment