7 Cara Bagaimana Kehidupan Kanak-Kanak Musnah Apabila Ibu Bapa Mereka Curang


via Taiko TV

Pada hari ini, semakin ramai kanak-kanak yang membesar tanpa kedua-dua ibu bapa berada di samping mereka. Masalah rumahtangga yang retak boleh memberikan kesan yang besar kepada pembesaran anak-anak.

Kelakuan curang, bukan saja boleh merosakkan rumah tangga saja, malah ianya juga boleh memusnahkan kehidupan anak-anak tanpa disedari. Terdapat 7 cara anda akan menyakiti anak anda apabila anda memilih untuk curang.

#1. Kanak-kanak akan membesar menjadi tidak setia pada pasangan mereka.

Pakar psikologi klinikal mengatakan 55 peratus kanak-kanak yang datang daripada keluarga di mana salah satu pasangannya curang berkemungkinan kanak-kanak itu akan menjadi curang apabila sudah dewasa. Kanak-kanak melihat ibu bapa sebagai contoh terdekat mereka dan walau apa yang ibu bapa lakukan itu salah, ianya tetap betul di mata mereka.

#2. Kanak-kanak merasa dikhianati.

Ianya sangat menyedihkan apabila dikhianati oleh kekasih atau kawan atau keluarga. Tetapi ianya tidak dapat dibandingkan perasaan dikhianati oleh ibu bapa sendiri.

#3. Kanak-kanak belajar untuk tidak mempercayai sesiapa.

75 peratus kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa yang tidak jujur ini mempunyai masalah untuk mempercayai orang lain. Ini boleh memberi kesan kepada hubungan di masa hadapan memandangankan kepercayaan ini merupakan perkara yang penting untuk menjalankan sesuatu perkara.

#4. Mereka akan membesar dengan perasaan tidak selamat.

Kanak-kanak yang melihat perhubungan ibu bapa yang rapuh akan membesar dengan perasaan tidak selamat dan bimbang akan ditinggalkan. Di masa hadapan, kanak-kanak yang membesar ini akan mudah menolak cinta orang apabila bimbang cinta itu akan terhenti pada suatu ketika.

#5. Mereka akan merasakan sukar untuk mempercayai cinta.

Memandangkan kanak-kanak yang mempunyai keluarga yang curang ini akan membesar dengan masalah mempercayai orang lain, ianya adalah sukar untuk mereka membentuk hubungan cinta yang lama dan sihat.

#6. Akhirnya mereka terpaksa memilih pihak mana yang harus diikut.

Kanak-kanak akan memilih pihak yang ingin diikut apabila pasangan curang. Ianya adalah lebih baik untuk kanak-kank mempunyai kedua-dua ibu bapa.

#7. Masalah pada emosi akan berlanjutan lama.

Masalah pada emosi ini tidak berakhir di situ sahaja. Kesakitan daripada dikhianati itu akan berterusan untuk tempoh masa yang lama.

Sekiranya kamu mempunyai anak, fikir dengan baik setiap keputusan yang anda buat, terutama apabila anda mengambil keputusan untuk curang pada pasangan. Sila kongsikan pandangan anda!

http://ift.tt/2rtNXSy

Comments