- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps

via Taiko TV
Secara keseluruhan, terdapat 7 buah lautan yang meliputi hampir 2/3 daripada keluasan dunia dan setakat ini, kita hanya mengetahui sedikit sahaja tentang lautan-lautan ini.
Terdapat banyak perkara misteri yang tersimpan di dalam lautan ini, daripada isi kandungannya, sehinggalah kepada penghuni-penghuninya, terutama mereka yang tinggal di dalam lautan yang dalam.
Berikut merupakan gambar-gambar penghuni lautan dalam yang tidak pernah dilihat sebelum ini.
#1. Anglerfish
Ikan ini tinggal di habitatnya yang terletak pada kedalaman 5,000 kaki di dasar laut. Terdapat sekurang-kurangnya sedozen jenis ikan ini. Panjang ikan ini antara 11 inci hingga 40 inci dan boleh mencapai sehingga 44.9 kilogram berat badan. Anglerfish adalah karnivor.
#2. Vampire squid
Sotong ini mempunyai nama vampire kerana kebolehannya untuk menukar-nukar bentuknya. Sotong ini akan mengeluarkan dakwat yang berwarna hitam sekiranya dipicit.
#3. Elephant Shark
Elephant shark merupakan salah satu spesis haiwan yang mempunyai kadar evolusi yang paling perlahan di dunia. Selepas tempoh 400 juta tahun, bentuknya tidak berubah sedikit pun. Ikan ini hidup pada kedalaman 600 kaki dan boleh ikan ini juga boleh membesar sehingga 5 kaki.
#4. Ghost shark
Chimaera adalah nama lain spesis jerung ini. Hidup pada kedalaman 8,500 kaki, ikan ini merupakan seekor spesis jerung ini jarang dijumpai manusia.
#5. Pacific Viperfish
Viperfish mempunyai kepanjangan 23 inci ini dan hidup pada kedalaman 13,000 kaki. Ikan ini akan memakan ikan lain atau makanan lain dengan menggunakan giginya yang tajam ini.
#6. Anglerfish apabila ditarik keluar dari air.
Ikan Anglerfish yang berjaya dipancing oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Jeanett Bersaas di Norway.
#7. Pacific Dragonfish
Ikan yang menyerupai seekor naga ini hidup pada kedalaman 16.000 kaki dan merupakan seekor ikan pemangsa yang menggunakan organ penghasil cahaya untuk memburu mangsanya.
#8. Blackmouth Catshark
Ini adalah jerung kecil yang hidup di kedalaman 5,000 kaki. Spesies ini tidak terancam, walaupun ramai yang cuba memancing ikan ini.
http://ift.tt/2EcpBON
Comments
Post a Comment