- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps

via Taiko TV
Ahli perniagaan, Graham yang menjual anak patung seks telah menawarkan pelanggan dengan satu skim iaitu ‘cuba dulu sebelum anda membeli’ sebanyak GBP50 untuk sesi setengah jam di estet perindustrian di Gateshead.

Pelanggan boleh ‘mencuba anak patung seks ini di tapak perindustrian di Gateshead dengan harga GBP50. Perkhidmatan dilancarkan pada bulan Disember 2017 dan perniagaan mempunyai beberapa pelanggan. Tetapi pemilik telah menegaskan bahawa skim ‘cuba sebelum anda beli’ bukanlah sebuah rumah pelacuran.
Anak patung ini dijual pada harga GBP1,800. Ia adalah bersaiz dewasa dan beratnya sekitar 30 kilogram, dengan kulit seperti kulit manusia dan mempunyai organ seksual yang seakan wanita betul.

Pelanggan yang ingin mencuba salah satu anak patung mesti memberikan butiran diri dan membayar terlebih dahulu.
Mereka kemudian dapat pergi ke satu set di unit perindustrian di mana terdapat satu kod kunci yang membawa mereka masuk ke sebuah bilik kecil yang mengandungi katil di mana anak patung sedang memakai baju tidur yang seksi.
Graham mengakui kepada BBC Radio 5 bahawa dia telah mencuba anak patung itu sendiri. ‘Ia akan menjadi bodoh sekiranya saya tidak mencuba,’ katanya.’Sebaik sahaja anda sedar anda melakukan perbuatan dengan seseorang atau sesuatu yang tidak menghakimi anda, itu adalah kebebasan dan memberi banyak pengalaman kepada pelanggan kami.


Graham mengatakan perkara ini adalah percubaan dan tidak tahu jika ada pasaran untuknya, walaupun jualan anak patungnya ini sebenarnya telah meningkat tahun demi tahun.
Dia juga mengaku bahawa jika pelanggan memberikan butiran palsu, mungkin terdapat keberangkalian untuk pelanggan ini membuat percubaan dengan anak patung kami lagi.
Menurut beliau lagi, tiada pusat pelacuran anak patung seks di UK, walaupun mereka telah dibuka di Sepanyol dan Jerman.
Graham mengatakan beberapa pelanggan berminat untuk membuka rumah pelacuran di mana pekerja seks itu terdiri daripada anak patung.
Kami ada empat orang yang mencuba promosi ini. Dua orang telah membuat pembelian. Mereka mempunyai anak patung itu sekarang, tetapi kami tidak tahu sama ada mereka telah membuka rumah pelacuran atau tidak.
‘Kami telah menjual anak patung yang sudah digunakan untuk jangka masa yang panjang, yang mungkin mengejutkan sesetengah orang, tetapi setiap anak patung itu akan dibersihkan untuk proses satu jam hingga lima jam. Ianya bersih seperti yang asal.
Beliau juga mengatakan dia yakin kaedah pembersihan anak patung itu dilakukan dengan cukup baik untuk mencegah sebarang risiko kesihatan atau isu kebersihan.
Berikan pendapat anda di dalam ruang komen!.
http://ift.tt/2E7U1CZ
Comments
Post a Comment