Ala-Ala Puteri Duyung, 7 Gaya Mermaid Dress Ini Untuk Wanita Yang Berhijab


via Taiko TV

Mermaid skirt atau skirt ala-ala duyung adalah skirt panjang dengan bahagian pinggul sehingga lutut yang agak mengecil, kemudian melebar sampai ke bahagian bawah. Ia membuatkan penampilan anda kelihatan seperti seorang puteri duyung dalam cerita dongeng Disney.

Anda boleh memakainya untuk berbagai majlis formal seperti menghadiri perkahwinan, pengiring pengantin ataupun gala dinner. Jom kita tengok 7 gaya mermaid dress untuk mereka yang berhijbab.

#1. Kain organza yang digunakan untuk membuat dress kelihatan sangat anggun.

#2. Bahagian lengan menggunakan kain organdi yang nipis dan hiasan permata pada bahagian ekor dan lengannya.

#3. Sederhana dan elegan dengan warna yang lembut ditambah renda dan hiasan mutiara pada bahagian ekor dan lengannya.

#4. Bahagian melebar berada dalam satu garis iaitu di bahagian perut dan ekornya dengan menggunakan teknik pleated.

#5. Menggunakan satu bahan kain yang sama dan dicantikkan dengan sulaman di beberapa bahagian dan memiliki jubah kecil untuk menutupi dada.

#6. Mermaid dress ini akan membuat bentuk tubuh si pemakai kelihatan lebih kurus.

#7. Dress ini memilih sulaman yang menggembung pada bahagian lengan dan walaupun kelihatan sederhana, ekornya tetap menyerupai ekor duyung.

http://ift.tt/2DhOtom

Comments