Beza Belasan Tahun, Sugar Mummy Ini Berkahwin Selepas Membayar Keluarga Lelaki Ini Wang Hantaran RM3 Juta


via Taiko TV

Orang kata duit bukanlah segalanya tapi segalanya memang memerlukan wang ringgit. Malah ia juga mampu mengubah perasaan dan fikiran seseorang untuk mencari kehidupan yang lebih mewah dan selesa.

Dalam satu kejadian yang berlaku di China, perkahwinan antara pasangan lelaki berusia 23 tahun dan wanita berusia 38 tahun di Qionghai City, Wilayah Hainan menjadi perbincangan netizen-netizen di media sosial.

Mempunyai perbezaan umur yang ketara iaitu 15 tahun lebih muda tidak menghalang pengantin lelaki untuk meneruskan niatnya itu.

Lebih mengejutkan lagi, wanita itu hanya muda setahun daripada ibu pengantin lelaki dan telah mempunyai seorang anak perempuan berusia 14 tahun hasil perkahwinan sebelumnya.

Menurut sumber, ibu bapa pengantin lelaki pada mulanya menentang perkahwinan anaknya, namun mereka merestui hubungan itu setelah diberikan 5 juta yuan (RM3 juta) oleh wanita tersebut.

Pengantin perempuan dikatakan mempunyai kekayaan yang luar biasa kerana rakaman video yang tular menunjukkan majlis perkahwinan mereka kelihatan sangat mewah.

http://ift.tt/2GiLJZK

Comments