Bill Gates Kini Bukan Lagi Manusia Yang Paling Kaya Di Dunia


via Taiko TV

Pada penghujung tahun 2017, gelaran orang paling kaya tidak lagi dipegang oleh pengasas Microsoft, Bill Gates sebaliknya gelaran tersebut telah disandang oleh Jeff Bezos.

Pengasas Amazon, iaitu portal membeli-belah dalam talian yang terbesar di dunia itu berjaya mengalahkan Bill Gates setelah saham perniagaan beliau melonjak naik sebanyak 13.5 peratus menjadikan kekayaan Bezos mencapai sebanyak USD93 juta.

Walaupun ada yang cemburu atas kejayaannya termasuk daripada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, Bezos masih mempertahankan kedudukannya pada tahun ini.

Hal ini kerana beliau terus mengusahakan perniagaan Amazon dengan pelbagai strategi pertumbuhan yang bukan hanya terhadap sektor perdagangan secara elektronik, malah turut mendapat keuntungan daripada sektor periklanan dan perniagaan yang lain.

Sejak menubuhkan Amazon pada tahun 1994, perniagaan beliau terus berkembang dan memasuki industri baru seperti Perkhidmatan Web Amazon yang merupakan penyumbang utama dalam syarikat tersebut.

http://ift.tt/2DMYn2d

Comments