- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps

via Taiko TV
Hotel merupakan penginapan sementara buat mereka yang suka melancong atau untuk menghabiskan percutian mereka. Terdapat pelbagai jenis hotel yang ada di muka bumi ini, ada yang mahal dan ada juga yang murah.
Oh My Media ingin berkongsi dengan anda 5 hotel paling mahal di dunia. Adakah anda mampu untuk menginap di hotel seperti ini?
#5. Pulau Laucala, Fiji – RM163,000 semalam
Jika anda ingin menginap di hotel ini, mungkin anda perlu berfikir sebanyak dua kali kerana harga yang anda perlu bayar pada satu malam ialah USD40,000 atau bersamaan dengan RM163,00 semalam. Resort ini hanya menempatkan 25 villa sahaja.
Antara aktiviti yang disediakan ialah urut badan percuma, aktiviti menunggang kuda dan anda boleh melihat panorama pulau yang sangat cantik. Hotel ini juga menyediakan tukang masak yang terbaik dari seluruh dunia.
#4. Sky Villa At The Palms Resort, Las Vegas – RM167,000 semalam
Sky Villa menawarkan harga dari USD41,000 atau RM167,00 semalam untuk tinggal di bilik hotel ini. Hotel ini menawarkan lif kaca peribadi, sauna serta perkhidmatan butler selama 23 jam, semuanya secara percuma.
Sekiranya anda menginap di hotel ini anda juga dapat melihat pemandangan yang menarik dari balkoni sambil memanjakan diri anda di spa. Spa ini juga dipanggil Hugh Hefner Sky Villa, ini merupakan nama bagi panggilan mewah hotel ini.
#3. The Ty Warner Penthouse At The Four Seasons, New York – RM183,000
The Ty Warner Suite di Four Seasons merupakan bilik hotel tertinggi di New York dan anda boleh melihat bandar daripada hotel anda dalam 360 darjah.
Hotel ini mengambil masa selama 7 tahun untuk dibina dan menelan kos sebanyak USD50 juta bersamaan dengan RM203 juta. Bilik ini mempunyai ruang peribadi dan sebuah perpustakaan yang besar. Bilik mandi ini juga diukir daripada blok batu kristal pepejal di bawah cahaya lampu LED.
Hotel ini juga dilengkapi dengan kerusi urut dan dinding seperti batu permata yang sangat berharga. Pintu tandas ini juga dilengkapi dengan alat kawalan jauh.
#2. The Shahi Mahal Suite, India – RM195,000
Jika and menyangka semua benda di India adalah murah dan mampu dimiliki, maka anda tersilap. The Shahi Mahal Suite di India ini merupakan hotel yang menduduki tangga kedua sebagai hotel paling mahal di dunia.
Hotel ini hanya mempunyai 6 bilk tidur, sebuah teater peribadi, perpustakaan dan chef peribadi. Hotel ini mengenakan caj USD48,000 atau bersamaan dengan RM277,000 semalam.
#1. The Royal Penthouse, Switzerland RM244,000- RM277,000
Menduduki tangga pertama sebagai hotel paling mahal di dunia, The Royal Penthouse ini mengenakan caj sebanyak RM350,000 untuk satu malam. Hotel ini diinspirasikan daripada rumah kediaman Bill Gates dan Michael Douglas.
Hotel ini dilengkapi dengan lif peribadi, gym, meja pool malah hotel ini dilengkapi dengan sistem keselamatan yang maksimum. Jika anda menginap di hotel ini anda boleh melihat panorama Tasik Geneva. Apa yang menariknya ialah satu bilik di hotel ini boleh memuatkan 6 orang.
http://ift.tt/2lTjc4s
Comments
Post a Comment