- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps

via Taiko TV
Dua remaja lelaki telah diselamatkan oleh sebuah pesawat drone yang dikendalikan oleh penyelamat (lifeguard) yang masih berada dalam latihan untuk menggunakan peranti itu.
Perenang yang berumur 15-17 tahun telah mengalami masalah dalam berenang di pantai Lennox Head, New South Wales (NSW).

Seorang anggota masyarakat melihat perenang itu sedang bergelut dalam ombak kira-kira 700m (2,300 kaki) di luar pesisir.
Penyelamat (lifeguard) dengan serta-merta telah menghantar drone itu untuk menjatuhkan pod penyelamat, dan kedua-dua perenang itu berenang dengan selamat ke pantai.
John Barilaro, timbalan perdana menteri negeri, memuji aktiviti penyelamatan yang dilihat sebagai suatu yang bersejarah. “Tidak pernah ada drone yang dilengkapi dengan pelampung pengapungan yang digunakan untuk menyelamatkan perenang seperti ini,” katanya.

Penyelia penyelamat (lifeguard) Jai Sheridan terus menguji peranti apabila penggera kecemasan itu dibunyikan. Beliau menyifatkan pengalaman itu sebagai suatu yang tidak dapat digambarkan.
“The Little Ripper UAV (nama drone tersebut) pasti telah membuktikan dirinya hari ini. Drone ini adalah sebuah alat keselamatan yang mampu menyelamatkan nyawa dan senang untuk diterbangkan,” katanya kepada akhbar Sydney Morning Herald.

New South Wales telah melabur peruntukan yang besar dalam menyediakan pesawat drone tersebut. Pesawat tersebut bertugas membantu mengesan jerung dan proses menyelamat atau pelayar yang berada dalam masalah.
Selepas berjaya mencapai pelampung pod keselamatan itu, kedua-dua perenang itu berjaya berenang ke persisiran pantai. Walaupun agak kepenatan tetapi mereka selamat dari sebarang bahaya.
Encik Sheridan berkata ia hanya mengambil masa satu atau dua minit untuk melancarkan drone tersebut, untuk terbang ke tempat insiden berlaku, dan jatuhkan pod keselamatan.
Tanpa drone ini, mungkin proses menyelamatkan menjadi lebih sukar.
Kamera drone juga merakamkan keseluruhan proses penyelamatan.
Kerajaan negeri NSW telah mendedahkan pada bulan Disember bahawa mereka telah melaburkan AUD430,000 (AUD340,000 / GBP247,000) dalam satu menyediakan pesawat drone.
http://ift.tt/2DB2qC1
Comments
Post a Comment