- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps

via Taiko TV
Samseng atau gengster merupakan seorang penjenayah yang bergerak dalam suatu kumpulan, kelompok atau geng.
Samseng biasanya terbabit dalam pelbagai jenis jenayah terancang dari jenayah ringan seperti peras ugutsehinggalah ke jenayah bersenjata yang melibatkan jutaan ringgit.
Selalunya, kumpulan-kumpulan gengster ini senang dikenali berdasarkan kepada tatu di badan mereka. Namun ada kalanya, gaya pemakaian mereka yang berbeza daripada orang biasa menjadikan mereka lebih mudah untuk dikenalpasti oleh pihak berkuasa.
Berikut merupakan gaya-gaya kumpulan samseng dan gengster di serata dunia:
#1. Perancis— Racaille
Racaille, merupakan sebuah kumpulan samseng kelas rendah yang memiliki identiti mereka yang tersendiri.
Mereka lebih suka memakai pakaian berjenama Lacoste dan berimej street wear dengan memakai seluar panjang yang mendedahkan pada bahagian buku lali sehingga menampakkan stokin mereka.
Mereka sering menghabiskan masa di kawasan sekitar stesen kereta api sambil mendengar muzik di telefon bimbit mereka.
#2. Usa — White Trash
Dikenali sebagai White Trash, kumpulan gengster yang berasal daripada Amerika Syarikat ini dianggotai oleh ramai yang menganggur.
Mereka tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap tetapi selalunya, mereka gemar menghabiskan masa dengan meminum bir di taman-taman awam.
#3. England — Chavs
Kumpulan gengster yang dikenali sebagai Chav ini tinggal di kawasan orang miskin yang terletak di pinggir bandar.
Anggota kumpulan Chav sering berpakaian sukan, mencukur rambut, dan sering memegang botol kaca di tangan mereka.
Selain daripada menghabiskan masa dengan minum di tempat-tempat terbuka, mereka juga sering menipu dan mencuri wang mangsa mereka.
#4. Japan — Yankii
Yankii adalah golongan muda yang sudah pun berkerjaya. Mereka bukanlah seperti kumpulan Yakuza, tetapi terkenal dengan sikap yang kurang ajar, kasar dan enggan bercampur dengan masyarakat.
#5. India — Tapori
Tapori merupakan sebuah samseng jalanan yang berasal dari Mumbai. Mereka suka menggunakan gel rambut dengannbanyak, memakai rantai emas dan mempunyai gigi yang besar. Mereka juga suka mengacau wanita dengan memanggil wanita secara bersiul dan juga mempunyai impian untuk menjadi bintang Bollywood.
#6. Spain — Cani
Di Sepanyol, peluang untuk anda kumpulan samseng sangat tinggi di sana. Cara mereka berpakaian kelihatan seseolah mereka mahu merompak bank pada bila-bila masa.
http://ift.tt/2CrGjgs
Comments
Post a Comment