Hotel Mewah Di Dublin Ini Haramkan Mana-mana Instafamous Di Dunia Daripada Menjejakkan Kaki Ke Hotel Mereka


via Taiko TV

Seorang instafamous, Elle Darby telah menyatakan kekecewaannya di dalam YouTube selepas cadangannya untuk bermalam di Hotel Dublin tidak dibenarkan oleh Hotel mewah di Dublin, The White Moose Cafe. Di dalam video sepanjang 17 minit yang bertajuk ‘saya dimalukan’ (sangat memalukan),

Darby telah menyatakan perasaan malunya apabila menerima respons negatif daripada pihak hotel. Beliau mengatakan cadangannya untuk melakukan kerjasama dengan pihak hotel itu adalah suatu niat yang murni.

Darby (yang mempunyai pengikut seramai 79.7 ribu di Instagram dan 89 ribu pengikut di YouTube) telah bertanya pada White Moose Cafe dengan niat untuk mempromosikan hotel dengan pertukaran mereka mendapat tempat tinggal secara percuma. Di dalam emailnya menyatakan:

Kekasih dan saya bercadang untuk datang ke Dublin pada awal minggu hari Valentine iaitu pada 8 Februari sehingga 12 Februari untuk bersiar-siae tempat di sana

Tapi malangnya untuk Darby, pemilik hotel Paul Stenson tidak begitu gembira dengan cadangan tersebut dan telah membuat respons secara terbuka di laman sesawan White Moose Cafe di Facebook dengan surat mengatakan penolakan untuk tidak membenarkan Darby untuk tinggal secara percuma.

“Kepada Instafamous (Saya tahu nama anda tetapi nampaknya tidak penting untuk menggunakan nama),

Terima kasih atas e-mel anda untuk mencari penginapan percuma sebagai balasan untuk mempromosikan hotel kami. Ia memerlukan banyak keberanian untuk menghantar e-mel seperti itu, melainkan anda ini sememangnya tidak mempunyai penghormatan dan martabat diri.

Jika saya membenarkan anda tinggal di sini sebagai balasan untuk dipromosikan di dalam video anda, siapa yang akan membayar kakitangan yang menjaga anda? Siapa yang akan membayar pembantu rumah yang membersihkan bilik anda? Para pelayan yang menyediakan sarapan pagi anda? Pendaftar (receptionist) yang mendaftar kemasukan anda? Siapa yang akan membayar bil elektrik yang anda gunakan sepanjang penginapan anda? Harga mencuci cadar katil anda? Bil air? Mungkin saya harus memberitahu kakitangan saya bahawa mereka akan dipaparkan di dalam video anda sebagai ganti pembayaran untuk kerja yang dijalankan semasa anda berada di hotel?

Beruntugnya tentang kami, kami juga mempunyai pengikut media sosial. Kami mempunyai 186 ribu orang pengikut di dua halaman Facebook kami, anggaran 80 ribu di Snapchat kami, 32 ribu di Instagram dan 12 ribu di Twitter kami, tetapi demi tuhan, saya tidak akan meminta sesiapa untuk apa-apa secara percuma. Saya juga melakukan blog (www.paulvstenson.com), yang saya sedar ianya adalah satu cara untuk menulis sesuatu di internet. Statistik di atas tidak membuatkan saya lebih bagus daripada orang lain atau memberi saya hak untuk tidak membayar untuk sesuatu sedangkan ianya perlu dibayar oleh orang lain.

Pada masa akan datang, saya akan menasihati anda untuk turut membayar seperti orang lain, dan jika hotel tersebut mempercayai promosi anda akan membantu mereka, mungkin mereka akan memberikan pengginapan percuma di dalam hotel. Ini akan menunjukkan lebih banyak rasa hormat pada diri anda dan, ia akan menjadi kurang memalukan untuk anda.”

Selamat sejahtera,

Paul Stenson

Sebagai tindak balas kepada video Darby, The White Moose Café menulis posting kedua untuk melarang sebarang instafamous dari premis mereka.

** SEMUA BLOGGER DILARANG DARIPADA HOTEL KAMI **

Berikutan tindak balas yang diterima selepas meminta seorang blogger yang tidak dikenali untuk membayar bilik hotel, saya telah mengambil keputusan untuk melarang semua blogger dari hotel dan kafe kami.

Keadaan menjadi lebih sukar apabila ianya boleh menimbulkan fitnah dan perasaan kebencian apabila salah satu ahli anda tidak diberikan permintaannya untuk perkhidmatan percuma sehingga memberi nama tidak baik pada seluruh industri. Saya tidak pernah fikir posting saya sebelum ini akan dipenuhi dengan ulasan negatif atas sebab yang mudah bahawa seseorang diminta untuk membayar barang yang diterima atau perkhidmatan yang diberikan.

Gadis yang dipersoalkan itu tidak dinayatakan di dalam posting asal saya, tetapi dia sendiri membuat video yang menjelaskan bagaimana dia “terdedah” dengan “niat jahat” akibat meminta perkhidmatan percuma. Ini jenis satu teknik ‘menjadikan diri sebagai mangsa’ (victimization) dalam industri blogging, dan sesuai dengan modus operandi umum mereka yang mahu semuanya tanpa membayar apa-aoa.

Jika mana-mana daripada anda cuba memasuki premis kami dari sekarang, anda akan dihalau.

Terima kasih banyak,

Paul Stenson
www.charlevillelodge.ie

P.S. Mungkin jika anda mencari dan mendapatkan pekerjaan yang betul, anda akan dapat membeli barang dan perkhidmatan seperti orang lain. Hanya sekadar perkara yang boleh difikirkan!

Menariknya, The White Moose Café telah memadamkan nama Darby dari e-mel asalnya, tetapi netizen dengan cepat dapat meneka identiti instafamous tersebut. Darby kemudiannya mengaku melalui saluran YouTube bahawa dia adalah orang yang bertanya pada hotel tersebut, dan respons mereka mempunyai niat jahat.

Tonton video dia di bawah:

Apa pendapat anda tentang perkara ini? Adakah Darby melakukan kesalahan berat dengan bertanya perkhidmatan percuma daripada pihak hotel? Sila kongsikan pandangan anda!

http://ift.tt/2E3eBEH

Comments