- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps

via Taiko TV
http://ift.tt/2CzvgBq
Hasil karya seorang artis seni kelahiran Israel, bernama Sigalit Landau, yang telah menghiasi hasil koleksi seni beliau di pelbagai muzium di seluruh dunia. Pendekatan yang dipilih beliau sangat unik di mana beliau mengubah barang yang mungkin biasa di mata orang kepada suatu yang baru dan berseni.
Kami berasa kagum dan ingin berkongsi kepada anda hasil karya koleksi milik Sigalit Landau:
Sigalit menenggelamkan pelbagai objek di Laut Mati untuk suatu tempoh yang lama. Proses yang lama ini membuatkan air laut ini membentuk lapisan garam yang menyelaputi objek tersebut. Pemilihan pada jenis objek adalah sangat penting. Sigalit memberi perhatian yang penuh dalam pemilihan tekstur dan permukaan barang yang ingin digunakannya.
Pelbagai arca seni yang luar biasa seperti pakaian, violin, kasut yang diselaputi dengan lapisan garam dihasilkan daripada teknik tersebut.
Di dalam buku beliau, Salt Years, Sigalit menerangkan proses untuk membentuk arca garam dengan secara terperinci. Buku tersebut adalah berdasarkan pengalaman yang telah dikumpul beliau selama 15 tahun.
Salah satu hasil kerja beliau yang terkenal telah dikenali sebagai Salt Bride. Ianya dihasilkan dari sehelai baju hitam dari fesyen zaman abad 19. Dengan bantuan pakar, baju tersebut telah ditenggelamkan di dasar laut untuk selama 3 bulan.
Garam kristal yang menyelaputi baju tersebut secara perlahan-lahan. Hasil daripada proses garam itu telah mengubah baju tersebut kepada seakan-akan sebuah baju kahwin ala Snow White.
Namun demikian, ianya bukan mudah untuk menarik keluar baju itu dari dasar laut. Keadaan ini membawa kepada keperluan bantuan sebuah pasukan untuk mengeluarkan baju tersebut.
Ramai orang boleh melihat hasil karya seni beliau di pelbagai muzium di seluruh dunia.
Sigalit memanggilnya sebagai suatu proses ‘pembaptisan’ kerana beliau melihat proses tersebut mengubah keseluruhan ciri-ciri barang yang digunakan dan mentransformasikan kepada suatu seni.
Apakah pandangan anda dengan hasil karya seni Sigalit Landau? Adakah anda ingin melawat ke salah satu pameran beliau? Kongsikan pandangan anda di dalam ruangan komen.
Comments
Post a Comment