- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps

via Taiko TV
http://ift.tt/2CzoBXN
Hampir setiap orang yang mengalami masalah berat badan memang mahu mengurangkan berat badan mereka. Namun, misi untuk menurunkan berat adalah bukan suatu perkara yang mudah. Ianya memerlukan kekuatan bukan sahaja dari segi fizikal malahan juga mental untuk memecahkan lemak tepu di badan.
Seorang jurugambar bernama Jesse telah mengambil keputusan untuk menurunkan badan bersama-sama dengan seluruh ahli keluarganya.
Mereka telah mengambil masa selama 6 bulan untuk mendapatkan hasil yang boleh dibanggakan. Di sepanjang tempoh yang menyeksakan ini, Jesse telah merakamkan setiap pencapaian mereka daripada zero sehinggalah mereka kini bergelar seorang hero.
Segalanya bermula apabila ibu Jesse telah mengambil keputusan untuk berpindah ke rumah anak lelakinya bagi membantu menantunya yang sedang sarat mengandung. Dengan mengambil peluang keputusan keemasan ini, Jesse turut mengajak ayahnya bagi mengeratkan hubungan silaturahim di antara mereka.
Ayahnya yang merupakan seorang yang suka meminum miuman keras dan mempunyai perut yang sangat buncit. Jesse telah berkongsi sebuah program penguruskan berat badan kepada ayahnya bagi mendapatkan perasaan hidup secara sihat di dalam hidup.
Pada mulannya, mereka hanya berjalan dengan pantas iaitu ‘fast walking’, lama kelamaan, mereka sudah mula berjogging. Seterusnya, pelbagai teknik senaman lain yang terus dilakukan sehingga membuatkan mereka mahu pergi ke gimnasium. Akhirnya mereka cuba melihat hasil daripada aktiviti senaman yang dilakukan mereka dengan menimbang berat badan mereka setiap 10 hari.
Misi menurunkan berat badan berikut telah bermula dari 10 Mac dan berakhir pada 30 September. Malahan, ahli keluarga tersebut merancang untuk terus menjalankan aktiviti kesihatan itu secara berterusan. Jesse berkata perkara yang paling penting dalam proses menurukan berat badan ini adalah untuk melihat ayahnya menjadi seorang yang beryakinan tinggi.
Comments
Post a Comment