Semakin Comel, Ini Gambar Terkini Pasangan Kembar Asiya Dan Safiya Yang Semakin Membesar


via Taiko TV

Sebahagian ibu bapa ingin memiliki anak kembar kerana berasa lebih senang sekiranya melahirkan dua anak sekaligus, ditambah pula dengan gelagat-gelagat comel ketika mereka membesar.

Namun ada satu pasangan kembar perempuan yang terkenal, Asiya dan Safiya yang pernah menjadi tular satu ketika dahulu.

Dengan wajah yang comel, berbulu mata lebat dan mempunyai rambut ikal mayang ini telah mencuri perhatian netizen di seluruh dunia.

Pasangan kembar yang berasal dari Moscow, Rusia itu semakin membesar dan kelatah kedua-duanya semakin mencuit hati mereka yang melihat gambar dan video yang dimuat naik dalam Instagram milik ibunya @elle_four_mom.

Selain lucu, si kembar yang comel ini juga murah dengan senyuman setiap kali aksi mereka dirakamkan.

Kembar ini turut mempunyai kakak bernama Khadija dan Aisha yang juga sangat cantik dan comel seperti mereka.

Dilahirkan pada 29 Januari 2014, Asiya telah dilahirkan dahulu 10 minit sebelum Safiya.

http://ift.tt/2DVTfJ7

Comments