Wanita Hamil Dibogelkan Dan Dipijak Perutnya Oleh Isteri Teman Lelakinya Setelah Kantoi Curang


via Taiko TV

Rakamansekumpulan wanita yang memukul seorang perempuan simpanan yang dikatakan perempuan simpanan kepada suaminya di China telah jadi tular di internet.

Wanita muda dalam pakaian ungu mendakwa dirinya hamil sambil merayu supaya yang lain untuk berhenti memijak perutnya. Walau bagaimanapun, seorang wanita yang memakai kasut tumit  dilihat memijak perut dan menanggalkan pakaian wanita tersebut.

Seorang wanita yang sedang berang, yang dipercayai sebagai isteri dengan kejam memijak perut perempuan simpanan itu dengan tumit tinggi hitamnya. Perempuan simpanan itu menjerit: ‘Saya tidak tahan. Saya mengandung!’

Isteri teman lelaki mangsa yang memakai baju biru gelap dan seluar jeans dilihat dengan kasar  telah memijak perut perempuan simpanan itu dengan kasut tumit tingginya sambil dibantu oleh rakan-rakannya yang memegang tangan wanita itu.

Manakala, wanita-wanita yang lain telah beramai-ramai membantu menanggalkan baju perempuan simpanan tersebut di khalayak ramai bagi tujuan untuk memalukannya.

Aksi memukul itu berlaku selama tiga minit dan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan pada mulutnya.

Namun, tiada maklumat telah didedahkan oleh mana-mana balai polis untuk mengesahkan pemukulan itu telah berlaku. Malahan, tiada rekod menunjukkan perempuan simpanan yang sedang hamil itu dibawa ke hospital untuk menerima sebarang rawatan.

http://ift.tt/2EW9Xbi

Comments