Apa Yang Akan Berlaku Pada Bumi Jika Berhenti Berputar?


via Taiko TV

Kita sering belajar tentang peredaran bumi ketika di bangku sekolah – tentang putaran bumi setiap hari selama 24 jam. Tapi pernahkah kamu terfikir apa akan berlaku sekiranya bumi berhenti berpusing.

Putaran bumi semakin perlahan. Walaupun ianya akan mengambil masa berbiilion tahun untuk bumi berhenti berpusing, tapi kita pasti kita tertanya-tanya jika apa akan berlaku jika bumi betul-betul berhenti. Dengan sains teknologi pada hari ini, saintis telah berjaya memberi jawapan kepada kita.

#1. Bumi akan berhenti bergerak tetapi objek yang lain akan terus bergerak seperti mana bumi pernah bergerak.

Kita pasti dapat merasakan keadaan bumi sedang berpusing. Tapi sekiranya ianya berpusing, semua benda akan tercampak dan akan terjatuh. Sten Odenwald dari NASA berkata, bumi bergerak 1,670 kilometer per jam.

#2. Akan berlaku tsunami yang besar.

Atmosfera dan laut akan bergerak. Manakala angin akan menjadi 4 kali ganda lebih kuat. Dan akan menyebabkan tsunami yang besar berlaku.

#3. Letusan gunung berapi yang besar akan berlaku.

Kekuatan tenaga yang besar akan mengegarkan bumi dan menyebabkan letusan gunung berapi yang akan berlaku.

#4. Kawasan menjadi panas di satu bahagian dan sejuk di bahagian yang lain.

Apabila bumi berhenti berpusing, salah satu bahagian daripada bumi akan menghadap matahari manakala yang lagi satu akan menghadap bulan. Keadaan ini akan menyebabkan bahagian yang menghadap matahari akan mengalami panas yang teruk.

#5. Medan magnet akan hilang.

Odenwald mengatakan sekiranya bumi berhenti berpusing, medan magnet juga akan terus hilang. Keadaan ini akan menyebabkan bumi tidak dapat bertahan dari sinaran kosmik. Ianya akan menyebabkan sisa biohazard.

#6. Bulan akan berlanggar ke bumi.

Bulan akan menjadi semakin dekat dengan bumi dan akan terjatuh atas bumi. Apabila bumi berhenti berputar menyebabkan perubahan pada graviti bulan. Namun ianya akan mengambil masa yang lama untuk perkara ini berlaku.

Apa pandangan anda tentang perkara ini? Sila kongsikan pandangan anda di dalam ruang komen!

http://ift.tt/2GH5YR6

Comments