- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps

via Taiko TV
Media sosial seringkali dijadikan sebagai medium untuk meraih populariti masing-masing. Bukan sahaja artis dan selebriti, malah orang biasa juga boleh menjadi popular melalui Facebook, Instagram atau Twitter dalam sekelip mata.
Tetapi lain pula kisah seorang jejaka dari Indonesia ini. Walaupun sudah bergelar instafamous dan penyanyi di negara sendiri, Adriansyah Martin telah mencuri beberapa keping gambar dari akaun Instagram @milesmogul.

Pemilik akaun itu, Nicky Kelvin membongkar penipuan yang dilakukan oleh Adriansyah setelah beberapa pengguna Instagram di Indonesia memberi maklumat tersebut.

Beberapa gambar yang “diambil” oleh Adriansyah memperlihatkan gaya kehidupan yang sangat mewah, namun semua gambar itu hanya edit semata-mata.

Bukan sahaja Nicky Kelvin, beberapa akaun pengguna instafamous lain juga turut menjadi “mangsa” Adriansyah untuk mempamerkan kehidupan dia yang serba-serbi sempurna.


Namun, akaun milik Adriansyah telah dinyahaktif selepas dikantoikan dan menjadi viral dalam kalangan netizen.
http://ift.tt/2E9Iyp0
Comments
Post a Comment