Hanya Di Majlis Perkahwinan Ini Para Tetamu Menerima Berlian Sebagai Hadiah ‘Door Gift’


via Taiko TV

Majlis perkahwinan adalah suatu majlis yang tidak boleh dilupakan oleh pasangan mempelai kerana ia mencipta memori ketika berada di atas pelamin nan indah. Detik indah itu akan dikenang sampai akhir hayat kerana ia merupakan suatu perkara yang sangat manis bersama orang tersayang.

Bagi golongan bangsawan pula, majlis perkawinan diadakan secara mewah dan besar-besaran bagi menyambut kedatangan ahli baru dalam keluarga.

Jom kita lihat suasana majlis perkahwinan golongan bangsawan ini yang gilang-gemilang dan menghabiskan jutaan ringgit.

Arab Saudi- Timur Tengah

Pernikahan antara Shaikh Fahad bin Nasser bin Sabah Al Ahmad dengan pasangannya, Fay binti Loay bin Jassim Al Kharafi. Fahad yang juga merupakan cucu Emir dari Kuweit merupakan bekas Parlimen negara itu. Mereka antara golongan bangsawan yang meraikan majlis perkahwinan secara besar-besaran.

Bagi tetamu yang hadir pula, mereka akan menerima sebentuk cincin berlian putih atas penghargaan terima kasih kerana menghadiri upacara perkawinan kedua mempelai itu.

Brunei Darussalam

Pangeran Abdul Malik telah ‘membina masjid’ bersama pilihan hatinya, Dayangku Raabi’atul ‘Adawiyyah Pengiran Haji Bolkiah pada 12 April 2016. Pasangan ini merupakan antara pasangan terkaya pada abad ini.

Busana yang dikenakan pengantin perempuan diperbuat dari emas, tiara berliannya  pula  mempunyai enam biji batu zamrud. Manakala, rantainya dihiasi dengan 15 biji batu zamrud.

Tidak cukup dengan itu, jambangan bunga juga dihiasi dengan batu berlian.

http://ift.tt/2E7S8JT

Comments