Lelaki Ini Lumpuh Dari Pinggang Ke Bawah Akibat Duduk Bermain Game Online Selama 20 Jam


via Taiko TV

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa teknologi dan manusia berpisah tiada. Tanpa teknologi, kita tidak akan maju kehadapan.

Namun, dengan adanya teknologi, kita semakin lalai sehingga ia dapat menjejaskan kesihatan kita. Kesalahan menggunakan teknologi akhirnya membawa padah kepada diri sendiri.

Seorang lelaki dari China yang tidak dikenalpasti identitinya berhadapan detik cemas apabila dia disyaki lumpuh setelah 20 jam menghabiskan masa di fafe Siber kerana leka bermain game. 

Rakannya yang turut berada ditempat kejadian menyedari mangsa kelihatan kaku dan hilang fokus ketika bermain game. Ambulans tiba ditempat kejadian beberapa minit kemudian setelah rakannya itu membuat panggilan.

Lucunya, sebelum meninggalkan tempat itu, remaja itu sempat berpesan kepada rakannya untuk menyambung permainan yang dia terpaksa tinggalkan tersebut.

Keseluruhan insiden itu telah dirakam oleh seorang pengguna telefon pintar yang kemudian ditularkan di media sosial.

Ketagihan permainan atas talian menjadi suatu fenomena dahsyat di negara China, dengan kebanyakan remaja sanggup keluar rumah, ponteng sekolah dan meninggalkan kehidupan sosial hanya untuk bermain permainan kegemaran mereka.

http://ift.tt/2GURpJB

Comments