Masihkah Kita Kufur Dan Tidak Bersyukur, Setelah Melihat Gambar-gambar Penderitaan Orang Lain Yang Sedih Ini?


via Taiko TV

Semenjak dunia menjadi semakin canggih dan moden ini, semakin banyak kita mendengar keluhan dengan rintihan manusia di dalam laman-laman media sosial yang mengadu tentang masalah yang dihadapi mereka kepada rakan-rakan netizen yang lain.

Ada yang mengadu tentang harga tiket penerbangan yang semakin mahal dan tidak kurang yang mengadu tentang tidak cukup wang mahu membeli iPhone X 256GB yang baru berada di pasaran sejak tahun lepas.

Meskpun terdapat ramai lagi orang yang lebih susah daripada mereka, keluhan-keluhan mereka ini seseolah merekalah orang yang paling susah di dunia dan memerlukan bantuan dan perhatian daripada orang ramai.

Lebih teruk lagi, kebanyakkan masyarakat sekarang lebih gemar untuk melihat dan merakamkan gambar penderitaan orang lain untuk dimuatnaik ke dalam laman-laman media sosial berbanding daripada memilih untuk membantu meringankan penderitaan mereka.

Mungkin terlepas pandang, kami paparkan beberapa keping gambar penderitaan orang lain bagi membuatkan kita berasa bersyukur dengan nikmatNya, meskipun sedang diuji ketika ini.

Gadis ini membelikan makanan untuk lelaki malang ini dan turut membantu menyuapkan makanan yang dibelikannya itu dengan sabar.

Meskipun tidak mempunyai kudrat yang kuat, namun itu tidak menghalang gadis kecil ini untuk menghulurkan bantuan.

Lelaki ini membeli buah daripada nenek ini semata-mata mahu membantunya menjual pada hari itu.

Anak kecil ini tidak berasa takut, apatah lagi menyisihkan kawannya yang mengalami masalah kulit itu.

Penjaga kedai ini membantu merawati luka lelaki tua ini dengan ikhlas tanpa meminta sebarang bayaran.

Melihat wanita ini berjalan berkaki ayam, lelaki ini memberikan sandalnya kepada wanita itu dan tindakan lelaki itu telah membuatkan wanita itu mengalirkan air mata.

Tidak sanggup melihat lelaki tua ini kelaparan, wanita ini berhenti untuk membelikan dan menyuapkan makanan kepada lelaki tua ini.

Jadi sudahkan anda melihat sendiri gambar-gambar penderitaan orang lain yang dibantu orang lain di atas dasar kasih sayang dan perikemanusiaan?

Jadi, mulai sekarang, marilah kita sama-sama hentikan ‘complaint’ dan mulakan bersyukur dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

http://ift.tt/2GWOFeY

Comments