Wanita Ini Kemalangan Akibat Terkejut Apabila Lipas Merayap Di Kakinya Ketika Memandu


via Taiko TV

Serangga lipas, kecil tetapi ditakuti oleh ramai orang. Sudahlah kotor, suka ‘mengacau’ orang pula tu. Ia menjadi serangga yang paling dibenci oleh penduduk di dunia. Sudah tentu ramai diantara kita mempunyai pengalaman buruk dengan lipas.

Namun, itulah yang terjadi pada seorang wanita yang sedang memandu kereta dan terbabas di Jurong East Central, Singapura.

Dalam gambar kejadian yang dimuat naik dan menjadi tular di media sosial, kereta Mazda merah tersebut dikatakan hilang kawalan lalu merempuh di laluan pejalan kaki.

Bahagian depan keretanya remuk selepas berlanggar dengan tangga jejantas dalam kejadian minggu lalu.

Wanita berkenaan dipercayai terkejut selepas melihat lipas dalam kereta itu lalu menyebabkan dia terus hilang fokus. Namun, dia dihantar ke Hospital Besar Ng Teng Fong dan hanya mengalami cedera ringan.

http://ift.tt/2EISUtT

Comments