- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps

via Taiko TV
Cantik itu ada kala menyakitkan. Pepatah ini cukup sinonim di kalangan wanita kerana sifat semula jadi mereka yang suka akan kecantikan dan penampilan diri dengan penuh bergaya. Golongan ini sanggup melakukan apa sahaja hanya untuk kelihatan menawan.

Seperti yang dilakukan oleh seorang ibu dari Chula Vista, California yang sanggup memakai korset ketat selama 23 jam setiap hari untuk mengekalkan saiz pinggang berukuran 45 sentimeter.


Diana Ringo yang mempunyai sepasang anak lelaki kembar itu hanya membuka akan korsetnya ketika mandi dan bersenam sahaja.


Wanita berusia 39 itu tidak menyukai bentuk badan dia sebelum ini kerana kelihatan gemuk. Namun apabila memakai korset tersebut, dia rasa lebih yakin dengan penampilan fizikalnya.

Ringo memiliki koleksi lebih daripada 45 helai koleksi korset dan membelanjakan 1,400 pound (RM7,700) untuk membantu mengekalkan bentuk pinggangnya itu.


Comments
Post a Comment